====== Keratan Akhbar Berkaitan Bangi: 1960-1969 ====== | [[sejarah_bangi|Laman Utama]] | [[sejarahbangi-1900-1909|1900-1909]] | [[sejarahbangi-1910-1919|1910-1919]] | [[sejarahbangi-1920-1929|1920-1929]] | [[sejarahbangi-1930-1939|1930-1939]] | [[sejarahbangi-1940-1949|1940-1949]] | [[sejarahbangi-1950-1959|1950-1959]] | [[sejarahbangi-1960-1969|1960-1969]] | [[sejarahbangi-1970-1979|1970-1979]] | [[sejarahbangi-1980-1989|1980-1989]] | [[sejarahbangi-1990-1999|1990-1999]] | [[pesanan|Hubungi Kami]] | ===== 1960-05-09: Kursus Ketua Kampung ===== ^ ^ Tarikh ^ Butiran Keratan ^ | {{:sejarah:beritaharian19600509-1-2-69-4.png?5|LAYANAN2 DALAM MASA KURSUS DI-PUJI}} | 1960.05.09 | [[https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/Digitised/Article/beritaharian19600509-1.2.69.4|"LAYANAN2 DALAM MASA KURSUS DI-PUJI". Berita Harian, 9 May 1960, Page 7]] | Kursus ketua-ketua kampung dari seluruh Selangor (termasuk Bangi, Jenderam, Sungai Ramal, Kajang, dll), dianjurkan oleh Pejabat Penerangan Negeri Selangor di Kuala Lumpur. \\ **NOTA** Kemungkinan kursus ini adalah susulan pelancaran Buku Merah beberapa hari sebelumnya (6 Mei 1960) oleh [[https://en.wikipedia.org/wiki/Abdul_Razak_Hussein|Tun Abdul Razak]] (ketika itu beliau adalah Menteri Pembangunan Luar Bandar yang pertama), suatu rancangan pembangunan kampung secara sistematik melalui 3 peringkat, iaitu peringkat Pusat, Negeri dan Daerah. ([[https://ms.wikipedia.org/wiki/Kementerian_Pembangunan_Luar_Bandar_Malaysia|Kementerian Pembangunan Luar Bandar]], 2020: {{ :sejarah:rurallink-gov-my-latar-belakang-pembangunan-luar-bandar.pdf ||}}[[https://www.rurallink.gov.my/latar-belakang-pembangunan-luar-bandar/|"Latar Belakang Pembangunan Luar Bandar"]]). \\ {{:sejarah:axrlbxxvcmlnaw5hbhw1nw_.png|Buku Merah}} \\ Buku Merah (Gambar: [[http://www.muziumnegara.gov.my/gallery/items/Buku_Merah_57|Muzium Negara]]) \\ Maklumat lanjut: Hasnah Hussiin, 2010: {{ :sejarah:transformasi_pembangunan_luar_bandar_di.pdf ||}}[[https://www.academia.edu/14635229/TRANSFORMASI_PEMBANGUNAN_LUAR_BANDAR_DI_MALAYSIA_1960_2010|"TRANSFORMASI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR DI MALAYSIA 1960-2010"]]. ===== 1960-05-31: Jambatan Dibaiki ===== ^ ^ Tarikh ^ Butiran Keratan ^ | {{:sejarah:freepress19600531-1-2-79.png?5|Repairs to bridge}} | 1960.05.31 | [[https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/Digitised/Article/freepress19600531-1.2.79|"Repairs to bridge". The Singapore Free Press, 31 May 1960, Page 7]] | | {{:sejarah:beritaharian19600609-1-2-7.png?5|JALAN RAYA DI-TUTUP}} | 1960.06.09 | [[https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/Digitised/Article/beritaharian19600609-1.2.7|"JALAN RAYA DI-TUTUP". Berita Harian, 9 June 1960, Page 1]] | Jalan Kajang-Bangi ditutup selama 2 minggu (20 Jun - 4 Julai) untuk kerja-kerja baik pulih jambatan. ===== 1960-07-27: Sahabat Pena ===== ^ ^ Tarikh ^ Butiran Keratan ^ | {{:sejarah:beritaharian19600727-1-2-72.png?5|SAHABAT PENA}} | 1960.07.27 | [[https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/Digitised/Article/beritaharian19600727-1.2.72|"SAHABAT PENA". Berita Harian, 27 July 1960, Page 6]] | Seorang anak muda Jenderam / Bangi mencari sahabat pena melalui ruangan khas / "feature" di dalam Berita Harian. ===== 1960-09-22: Permohonan Warganegara ===== ^ ^ Tarikh ^ Butiran Keratan ^ | {{:sejarah:freepress19600922-1-2-99.png?5|Citizenship papers pile up: Shortage of clerks, forms blamed}} | 1960.09.22 | [[https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/Digitised/Article/freepress19600922-1.2.99|"Citizenship papers pile up: Shortage of clerks, forms blamed". The Singapore Free Press, 22 September 1960, Page 9]] | Maklumbalas terhadap aduan beberapa orang warga Dengkil, Beranang, dan Bangi yang tidak dapat membuat permohonan warganegara disebabkan ketiadaan borang atau pegawai, serta tidak cukup maklumat mengenainya, di pusat-pusat pendaftaran. Pihak berwajib menjelaskan punca sebenar, iaitu tunggakan kerja disebabkan terlalu banyak permohonan, serta diproses oleh pegawai yang tidak berpengalaman. \\ **NOTA**: Kemungkinan lambakan permohonan ini berlaku apabila kad pengenalan untuk Persekutuan Tanah Melayu mula dikeluarkan hampir 2 bulan sebelumnya, iaitu pada 2 Ogos 1960. ([[https://ms.wikipedia.org/wiki/Jabatan_Pendaftaran_Negara_Malaysia|Jabatan Pendaftaran Negara]], 2016: {{ :sejarah:sejarah_portal_rasmi_jabatan_pendaftaran_negara.pdf ||}}[[https://www.jpn.gov.my/sejarah/|"Sejarah"]]). ===== 1960-10-19: Kursus @ Kg Batu 5 Bangi ===== ^ ^ Tarikh ^ Butiran Keratan ^ | {{:sejarah:beritaharian19601019-1-2-65.png?5|Berkursus}} | 1960.10.19 | [[https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/Digitised/Article/beritaharian19601019-1.2.65|"Berkursus". Berita Harian, 19 October 1960, Page 5]] | Penduduk kampung mengikuti kursus tatarakyat di sebuah sekolah agama di [[http://kgbatulimajalanbangi.blogspot.com/|Kampung Batu 5, Jalan Bangi]]. \\ **NOTA 1**: \\ {{:sejarah:kgbatu5-bangi.png?600|Kampung Batu 5, Jalan Bangi}} \\ //"Kampung Batu 5, Jalan Bangi terletak di Bangi, Selangor. Tahun 1940-an nama kampung ini ada tercatat di dalam geran tanah penduduk tertua kampung ini. Rata-ratanya penduduknya adalah berbangsa Jawa dari suku kendal dan karanganyar di Jawa Tengah. Kini tahun 2004 mereka yang tertua di kampung ini yang bertanggungjawab membangunkan kampung ialah Tn. Hj. Sangit Bin Jamal (PJK) (Ketua Kampung), di samping Tn. Hj. Noh (Imam), Tn. Hj. Rawi (Imam),Tn. Hj Hamdani Saw@ As-Sanussi(Bilal) Tn. Hj. Mustanir (Setiausaha Surau/amil), Cikgu Tn. Hj. Kahar (Pengerusi Surau), En. Ahmad Delowo (Amil 2) dan Tn. Hj. Keliwoon (j/k kampung). Nama-nama mereka ini jika disebut sahaja semua orang kampung akan kenal kerana jasa mereka membangun dan merancang kemajuan kampung batu 5 Bangi."// ([[https://ms.wikipedia.org/wiki/Kampung_Batu_5,_Jalan_Bangi|Wikipedia]]). Namun tidak diketahui di mana terletaknya sekolah agama ini (yang ada di Google Maps, cuma Sekolah Agama Kampung Batu 3), dan apakah sejarah serta kesudahannya. Mungkin boleh ditanyakan kepada warga yang disebut di atas. **NOTA 2**: Maklumat lanjut tentang kursus tatarakyat ini:- * Liputan akhbar: {{ :sejarah:beritaharian19600903-1-2-58.pdf ||}}[[https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/Digitised/Article/beritaharian19600903-1.2.58|"Kursus tata ra'ayat kapada orang kampong membawa kesan yg baik". Berita Harian, 3 September 1960, Page 6]] * Dakwaan pihak pembangkang tentang kewujudan ucapan berunsur kepartian di dalam kursus tatarakyat, serta penjelasan oleh pihak kerajaan mengenainya:- - {{ :sejarah:dr-07121960.pdf ||}}[[https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-07121960.pdf|Penyata Rasmi (Hansard) Parlimen, 7/12/1960]], m.s. 3549-3550, 3565, 3577-3578. - {{ :sejarah:dr-08121960.pdf ||}}[[https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-08121960.pdf|Penyata Rasmi (Hansard) Parlimen, 8/12/1960]], m.s. 3641-3644, 3652, 3671-3674. * Penerangan di parlimen: {{ :sejarah:dr21121960.pdf ||}}[[http://lib.perdana.org.my/PLF/Parliament_Hansard/1960/Dewan%20Rakyat/DR_Dec60/DR21121960.pdf|Penyata Rasmi (Hansard) Parlimen, 21/12/1960]], m.s. 4805-4806. ===== 1960-11-08: Bah Se-Malaya ===== ^ ^ Tarikh ^ Butir Keratan ^ | {{:sejarah:beritaharian19601108.png?5|SELUROH MALAYA BAH}} | 1960.11.08 | [[https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/Digitised/Article/beritaharian19601108-1.2.2|"SELUROH MALAYA BAH". Berita Harian, 8 November 1960, Page 1]] | Banjir seluruh Malaya di musim tengkujuh. Antara kesan yang dilaporkan ialah di Batu 19 Jalan Bangi (paras banjir 11 inci, dan masih naik). ===== 1961-03-12: Kemalangan di atas Keretapi ===== ^ ^ Tarikh ^ Butir Keratan ^ | {{:sejarah:straitstimes19610312.png?5|Student killed on way home for the holidays}} | 1961.03.12 | [[https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/Digitised/Article/straitstimes19610312-1.2.10|"Student killed on way home for the holidays". The Straits Times, 12 March 1961, Page 1]] | | {{:sejarah:beritaharian19610313-1-2-6.png?5|MURID MATI JATUH K-API}} | 1961.03.13 | [[https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/Digitised/Article/beritaharian19610313-1.2.6|"MURID MATI JATUH K-API". Berita Harian, 13 March 1961, Page 1]] | Malang buat seorang murid sekolah di Ipoh, yang dalam perjalanan pulang bercuti di kampungnya di Johor: kepalanya terhantuk galang/palang sebuah jambatan di Bangi, lalu meninggal dunia di tempat kejadian. \\ **NOTA**: Kejadian yang hampir sama berlaku [[sejarahbangi-1930-1939#ahli_bomba_terkorban|pada tahun 1932, melibatkan seorang ahli bomba]]. ===== 1961-06-12: Projek Rumah Asap ===== ^ ^ Tarikh ^ Butir Keratan ^ | {{:sejarah:straitstimes19610612-1-2-72.png?5|$40,000 plan for small planters}} | 1961.06.12 | [[https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/Digitised/Article/straitstimes19610612-1.2.72|"$40,000 plan for small planters". The Straits Times, 12 June 1961, Page 7]] | Persatuan Koperasi Pekebun Kecil Getah Melayu Kajang merancang untuk membina rumah asap, stor, dan kilang di Bangi, untuk kemudahan pekebun kecil di 10 buah kampung di antara Sungai Kembong Ulu dan Sungai Merap(b). \\ **NOTA**:- \\ {{:sejarah:kebungetah-bangi.png?600|Kawasan Kebun-Kebun Kecil Getah di Bangi}} \\ Kemungkinan kawasan kebun-kebun kecil getah di Bangi ketika itu, di sekitar 10 buah kampung di antara Sungai Kembong Ulu dan Sungai Merab. Cadangan rumah asap, stor, dan kilang dalam bulatan merah (kawasan pekan Bangi, di tengah-tengahnya). Belum ada sebarang maklumat ditemui berkaitan koperasi ini, mahupun rumah asap, stor, dan kilang yang telah dicadangkan. ===== 1961-10-07: Jalan Baru Bangi ===== ^ ^ Tarikh ^ Butir Keratan ^ | {{:sejarah:beritaharian19611007-1-2-36.png?5|Ranchangan jalan gagal?}} | 1961.10.07 | [[https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/Digitised/Article/beritaharian19611007-1.2.36|"Ranchangan jalan gagal?". Berita Harian, 7 October 1961, Page 4]] | Aduan berkenaan pembinaan sebuah jalan baru yang menghubungkan Pekan Bangi dengan Kampung Bangi. Perancangan asalnya merentas sawah, tetapi dibina menyisir jalan keretapi dan melalui bukit tinggi. \\ {{:sejarah:jalan-kb5.png?200|Jalan Pekan Bangi - Kampung Bangi}} \\ Sekitar jalan Pekan Bangi - Kampung Bangi kini. ===== 1961-10-27: Temasha Sukan @ SK Bangi ===== ^ ^ Tarikh ^ Butir Keratan ^ | {{:sejarah:beritaharian19611027-1-2-65.png?5|Temasha sukan}} | 1961.10.27 | [[https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/Digitised/Article/beritaharian19611027-1.2.65|"Temasha sukan". Berita Harian, 27 October 1961, Page 8]] | Pengumuman temasha sukan dan hari ibu bapa di [[sejarahbangi-1930-1939#peruntukan_bagi_sekolah_bangi|SK Bangi]], bakal diadakan pada Ahad 29 Oktober 1961. ===== 1962-03-07: Sandiwara @ SK Bangi ===== ^ ^ Tarikh ^ Butiran Keratan ^ | {{:sejarah:beritaharian19620307-1-2-64.png?5|Bersuka ria sambil chari derma sekolah}} | 1962.03.07 | [[https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/Digitised/Article/beritaharian19620307-1.2.64|"Bersuka ria sambil chari derma sekolah". Berita Harian, 7 March 1962, Page 8]] | | {{:sejarah:beritaharian19620311-1-2-40.png?5|Sandiwara utk derma sekolah}} | 1962.03.11 | [[https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/Digitised/Article/beritaharian19620311-1.2.40|"Sandiwara utk derma sekolah". Berita Harian, 11 March 1962, Page 5]] | Pengumuman serta laporan acara sandiwara dan aneka warna yang diadakan di [[sejarahbangi-1930-1939#peruntukan_bagi_sekolah_bangi|SK Bangi]] pada 9-10 Mac 1962 (5 Syawal), oleh pemuda-pemudi Kampung Bangi. Menurut guru besar, Che'gu Saari bin Said, sandiwaranya ialah cerita sejarah bertajuk "Biar Bertindek Tulang" (karya Inche' Ahmad bin Badek), manakala aneka warna pula menampilkan Ismail Bontak (penyanyi dan pelawak terkenal ketika itu) serta rakan-rakan. Harga tiket: 50 sen (dewasa) dan 30 sen (kanak-kanak). **NOTA**: Sedikit perihal Ismail Bontak yang ditemui setakat ini:- \\ * 1957 (30 Ogos): Mengetuai perbarisan 300 orang pemuda di tengah [[https://ms.wikipedia.org/wiki/Dataran_Merdeka|Padang Kelab Selangor]], menghadap Jalan Raja (menara jam), pada malam kemerdekaan. (KPM/DBP, 2019: [[https://www.cikgupress.com/2019/04/buku-teks-digital-pdf-kssm-tingkatan-4.html|Sejarah Tingkatan 4 (KSSM)]] ([[https://drive.google.com/file/d/1pT1itb7izVpT1iFdt-wn9sW9xPGQmD46/view|PDF]]). * 1960: Ketika ini beliau telah pun popular di dalam [[https://ms.wikipedia.org/wiki/Radio_Televisyen_Malaysia|Radio Malaya (kini RTM)]]. Namun gaya lawak beliau ada kalanya mengundang kontroversi, sebagaimana yang telah direkodkan di dalam beberapa sidang parlimen:- - Isu Congo ([[https://ms.wikipedia.org/wiki/Othman_bin_Abdullah|Othman Abdullah]] @ Tanah Merah: {{ :sejarah:dr-29091960.pdf ||}}[[https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-29091960.pdf|Penyata Rasmi (Hansard) Parlimen, 29/9/1960]], m.s. 2848) - Isu wanita ([[http://studentsrepo.um.edu.my/734/|Khadijah Mohd Sidek]]: {{ :sejarah:dr-07121960.pdf ||}}[[https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-07121960.pdf|Penyata Rasmi (Hansard) Parlimen, 7/12/1960]], m.s. 3599) * 1961 (3 April): Mengetuai rombongan seniman yang dihantar oleh kerajaan ke Congo bagi menghiburkan para perajurit pengaman di sana. \\ {{:sejarah:tss15.jpg?400|Ismail Bontak - 2 dari kanan - bersama rombongan Congo}}{{:sejarah:46670125_805071066506537_6934254274536800256_n.jpg?400|Ismail Bontak - Berdiri, 2 dari kiri}} \\ Gambar kiri: Ismail Bontak - 2 dari kanan - bersama rombongan Congo (Sumber: Maj Wong Kwai Yinn (Rtd) / Lt Col Tan Siew Soo (Retired) @ MACVA Archives, 2018: {{ :sejarah:tan_siew_soo.pdf ||}}[[http://www.macva.org.my/tanss.html|"TWO TOURS IN CONGO"]]). Gambar kanan: Ismail Bontak - Berdiri, 2 dari kiri. \\ Gambar-gambar lain:- \\ {{:sejarah:46519456_805070973173213_8068455339550310400_n.jpg?400|Rombongan seniman ke Congo (1)}}{{:sejarah:46666533_805071113173199_5975342653212983296_n.jpg?400|Rombongan seniman ke Congo (2)}} \\ Rombongan seniman ke Congo. Gambar kiri: Dari kiri: [[https://umlibguides.um.edu.my/c.php?g=805563&p=5859283|Hamzah Dolmat]], [[https://ms.wikipedia.org/wiki/Normadiah|Normadiah]], Ismail Bontak, [[https://ms.wikipedia.org/wiki/Hashimah_Yon|Hashimah Yon]], dan [[https://ms.wikipedia.org/wiki/S._M._Salim|S M Salim]]. (Sumber: [[https://www.facebook.com/RepairGambarLama/|Repair Gambar Lama]] / [[https://ms.wikipedia.org/wiki/Hashimah_Yon|Hashimah Yon]], 2018: {{ :sejarah:normadiah_terbang_ke_congo_berikutan_konflik..._-_repair_gambar_lama_facebook.pdf ||}}[[https://www.facebook.com/RepairGambarLama/posts/805071486506495|"NORMADIAH TERBANG KE CONGO"]]). * 1960-an: Antara pemimpin UMNO Selangor. ([[https://ms.wikipedia.org/wiki/Shariff_Ahmad|Shariff Ahmad]], 1991: {{ :sejarah:tunkuabdulrahmanmemoirpatriotik_shariffahmad_.pdf ||}}[[https://www.carousell.com.my/p/tunku-abdul-rahman-memoir-patriotik-219371463/|"Tunku Abdul Rahman : memoir patriotik"]] ([[http://lib.perdana.org.my/PLF/Digitisation/OCR%20Done/OCR%203/Jan2010/TunkuAbdulRahmanMemoirPatriotik%5BShariffAhmad%5D.pdf|PDF]]), m.s.20). ===== 1962-03-21: Pemuda Kampung Tanam Jagung ===== ^ ^ Tarikh ^ Butiran Keratan ^ | {{:sejarah:beritaharian19620321-1-2-67-1.png?5|Pemuda2 kampong tanam jagong}} | 1962.03.21 | [[https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/Digitised/Article/beritaharian19620321-1.2.67.1|"Pemuda2 kampong tanam jagong". Berita Harian, 21 March 1962, Page 8]] | 35 orang pemuda [[sejarahbangi-1960-1969#kursus_kg_batu_5_bangi|Kampung Batu 5 Jalan Bangi]] bergotong royong menanam jagung, membela ikan, dan memelihara ayam itik, untuk disumbangkan kepada dana kebajikan kampung. Usaha ini diketuai oleh En. Tarkin Hj Sakami, dengan kerjasama penghulu daerah Semenyih En. Kasim, dan ADUNnya [[sejarahbangi-1950-1959#dato_kampo_radjo|Dato' Kampo Radjo]]. **NOTA**: Ini mungkin ladang jagung yang sama yang [[sejarahbangi-1960-1969#ladang_jagung_dilanda_banjir|dilanda banjir pada bulan berikutnya]]. ===== 1962-03-25: Pementasan @ SK Bangi ===== ^ ^ Tarikh ^ Butiran Keratan ^ | {{:sejarah:beritaharian19620325-1-2-58.png?5|Mati Bertindeh Tulang di-Bangi}} | 1962.03.25 | [[https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/Digitised/Article/beritaharian19620325-1.2.58|"Mati Bertindeh Tulang di-Bangi". Berita Harian, 25 March 1962, Page 9]] | Suatu ulasan kritis [[http://ppat.dbp.gov.my/galeri%20karyawan/senarai%20penulis/wahab.htm|A Wahab Ali]], berkenaan pementasan amal drama "Mati Bertindeh Tulang" (skrip dan arahan Zainal Harun, dipetik dari salah sebuah cerpen [[https://www.goodreads.com/author/show/5203311.Harun_Aminurrashid|Harun Aminurrashid]]) di [[sejarahbangi-1930-1939#peruntukan_bagi_sekolah_bangi|SK Bangi]]. \\ **NOTA 1**: Mungkinkah pengarah drama ini, Zainal Harun, adalah warga Bangi yang [[https://www.bharian.com.my/bhplus-old/2015/03/39267/bangi-tempat-putera-terbuang|ditemuramah oleh pihak Berita Harian di dalam suatu rencana berkenaan Bangi, pada tahun 2015?]] \\ {{:sejarah:zainal-harun-1962.png?180|Zainal Harun (1962)}}{{:sejarah:zainal-harun-2015.jpg|Zainal Harun (2015)}} \\ Kiri: Zainal Harun (gambar dari keratan 1962). Kanan: Zainal Harun (gambar dari keratan 2015). Mungkin orang yang sama? (Perlu disahkan). **NOTA 2**: Penulis ulasan ini, [[http://ppat.dbp.gov.my/galeri%20karyawan/senarai%20penulis/wahab.htm|A Wahab Ali]], ialah seorang tokoh budayawan kelahiran Bangi. \\ {{:sejarah:wahab.png|A. Wahab Ali}} \\ Sedikit maklumat berkenaan asal-usul dan sejarah A. Wahab Ali:- * 1838: Datuk beliau, Haji Muhammad@Ahmad@Boyok, adalah antara pengikut [[https://id.wikipedia.org/wiki/Tuanku_Tambusai|Tuanku Tambusai]] yang berjuang bersama [[https://id.wikipedia.org/wiki/Tuanku_Imam_Bonjol|Imam Bonjol]] dalam [[https://id.wikipedia.org/wiki/Perang_Padri|Perang Padri]] (kedua-duanya bergelar [[https://id.wikipedia.org/wiki/Daftar_pahlawan_nasional_Indonesia|Pahlawan Nasional Indonesia]]). Setelah dikalahkan oleh pihak Belanda di Riau, Tuanku Tambusai dan pengikutnya (termasuk datuk beliau) melarikan diri ke Negeri Sembilan. * 1921: Bapa beliau, Ali, dilahirkan di Ampangan, Negeri Sembilan. * 1923: Sekeluarga berpindah ke Bangi. * 1924: Datuk beliau meninggal dunia di Mekah. * 1941: Beliau dilahirkan di [[sejarahbangi-1950-1959#jejak_kasih|Kg Sungai Kembong, Bangi]]. * 1948: Mula bersekolah di [[sejarahbangi-1930-1939#peruntukan_bagi_sekolah_bangi|Sekolah Melayu Bangi (kini SK Bangi)]], sebelum berpindah ke beberapa sekolah lain. * 1958-1962: Melanjutkan pengajian di [[https://ms.wikipedia.org/wiki/Universiti_Pendidikan_Sultan_Idris|Maktab Perguruan Sultan Idris]]. Ketika menulis ulasan ini, beliau mungkin di tahun akhir pengajian, dan telah mula menghasilkan karya-karya yang menyerlah. Sumber:- - Perihal ringkas oleh Dewan Bahasa dan Pustaka:- * {{ :sejarah:a-wahab-ali.pdf ||}}[[http://ppat.dbp.gov.my/galeri%20karyawan/senarai%20penulis/wahab.htm|Biodata Penulis]] * {{ :sejarah:a.wahab_ali.pdf ||}}[[http://lamanweb.dbp.gov.my/index.php/database_stores/attach_download/85/2|"A.Wahab Ali"]]). - Perihal asal-usul oleh [[https://www.blogger.com/profile/09238556448779778756|Abdul Halim Shah]] dan Hafiz Ali (adik kpd A Wahab Ali - rujuk ruangan komen):- * 2008: {{ :sejarah:dalu_dalu_the_makam_tuanku_tambusai_.pdf ||}}[[http://abdulhalimshah.blogspot.com/2008/02/makam-tuanku-tambusai.html|The "Makam Tuanku Tambusai"]] * 2016: {{ :sejarah:dalu_dalu_our_session_with_dr.a._wahab_ali_on_sunday_27_march_2016.pdf ||}}[[http://abdulhalimshah.blogspot.com/2016/03/our-session-with-dra-wahab-ali-on.html|"Our Session with Dr.A. Wahab Ali on Sunday 27 March 2016"]] ===== 1962-03-31: Lawatan Abu Bakar Baginda ===== ^ ^ Tarikh ^ Butiran Keratan ^ | {{:sejarah:beritaharian19620331-1-2-84-4.png?5|M.B. Selangor melawat projek2 kemajuan}} | 1962.03.31 | [[https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/Digitised/Article/beritaharian19620331-1.2.84.4|"M.B. Selangor melawat projek2 kemajuan". Berita Harian, 31 March 1962, Page 8]] | Antara lain, [[https://ms.wikipedia.org/wiki/Abu_Bakar_Baginda|Dato' Abu Bakar Baginda]] melawat anak-anak getah baru di kawasan Sungai Merab, dan mendengar aduan peneroka di kawasan Kampong Baru Bangi. ===== 1962-04-25: Ladang Jagung Dilanda Banjir ===== ^ ^ Tarikh ^ Butiran Keratan ^ | {{:sejarah:beritaharian19620425-1-2-79-6.png?5|}} | 1962.04.25 | [[https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/Digitised/Article/beritaharian19620425-1.2.79.6|"TANAH HARAM: MB BERI PENERANGAN DLM KURSUS SIVIK". Berita Harian, 25 April 1962, Page 8]] | Encik Tarkin Haji Kastawi, pengerusi Syarikat Persatuan Peladang Batu 5 Jalan Bangi melaporkan, seluas 5 ekar ladang jagung mereka ditenggelami air banjir sedalam 5 kaki. 10,000 anak pokok jagung yang ditanam secara gotong-royong, musnah. **NOTA**: Ini mungkin ladang jagung yang sama yang telah dilaporkan dalam [[sejarahbangi-1960-1969#pemuda_kampung_tanam_jagung|keratan akhbar sebulan sebelumnya]]. ===== 1962-05-30: 5 Pemuda Ditahan di Ladang Bangi ===== ^ ^ Tarikh ^ Butiran Keratan ^ | {{:sejarah:beritaharian19620530-1-2-54.png?5|}} | 1962.05.30 | [[https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/Digitised/Article/beritaharian19620530-1.2.54|"30 pemuda di-berkas polis di-ibukota". Berita Harian, 30 May 1962, Page 5]] | 23 orang pegawai polis membuat serbuan di [[sejarahbangi-1900-1909#ladang_bangi_rekoh|Ladang Bangi]] dan menahan 5 orang pemuda di situ. Kemungkinan ini adalah sebahagian daripada operasi pembanterasan kegiatan "samseng". ===== 1962-07-05: Sawah Padi Bangi ===== ^ ^ Tarikh ^ Butiran Keratan ^ | {{:sejarah:beritaharian19620705-1-2-91-9.png?5|}} | 1962.07.05 | [[https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/Digitised/Article/beritaharian19620705-1.2.91.9|"290 EKAR SAWAH YG KERING DARI MASA JEPUN DI-KERJAKAN". Berita Harian, 5 July 1962, Page 11]] | Pegawai daerah Kajang, Encik Othman bin Mohd Din melaporkan, Pejabat Pertanian Negeri Selangor membuka semula beberapa kawasan sawah padi yang terbengkalai sejak pemerintahan Jepun dahulu. Ini termasuk 150 ekar sawah, selenggaraan tali air, serta bantuan baja di kawasan Bangi. **NOTA**:- \\ {{:sejarah:bangi-gate.png?400|}} \\ Antara kawasan sawah padi yang diperkatakan ini, kemungkinan terletak [[https://ms.wikipedia.org/wiki/Kampung_Sungai_Purun#Asalnya_sawah_padi|di sekitar Kampung Sungai Purun (berdekatan tebing Sungai Semenyih)]]. ===== 1962-07-07: PPD Ulu Langat Selatan ===== ^ ^ Tarikh ^ Butiran Keratan ^ | {{:sejarah:beritaharian19620707-1-2-76-4.png?5|}} | 1962.07.07 | [[https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/Digitised/Article/beritaharian19620707-1.2.76.4|"Ahli Persatuan Pemuda Desa di-seru bersatu hati utk pembangunan". Berita Harian, 7 July 1962, Page 8]] | Di majlis perasmian salah satu bahagian PPD Ulu Langat Selatan di Semenyih, Dato' Kampo Rajo menyenaraikan 9 cawangan-cawangan PPD ketika ini, antaranya [[sejarahbangi-1960-1969#kursus_kg_batu_5_bangi|Batu 5 Bangi]], dan [[sejarahbangi-1910-1919#stesen_keretapi_bangi|Pekan Bangi]]. ===== 1962-08-03: Acara Bulan Bahasa Kebangsaan ===== ^ ^ Tarikh ^ Butiran Keratan ^ | {{:sejarah:beritaharian19620803-1-2-57.png?5|}} | 1962.08.03 | [[https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/Digitised/Article/beritaharian19620803-1.2.57|"RATU KEBAYA BBK: GADIS2 KAJANG MALU". Berita Harian, 3 August 1962, Page 7]] | Upacara sempena kempen Bulan Bahasa Kebangsaan, peringkat daerah Kajang. Antara yang dianjurkan ialah pertandingan menyanyi lagu asli, ratu kebaya, dan menghias kedai-kedai. Senarai para pemenang:- * Ratu kebaya: Johan: Rosniara Wahab (Kajang); Naib johan: Esah Zainal Abidin (Kajang); Ketiga: Lim (Kajang) * Menyanyi lagu asli: Johan: Ramli Sodeh (Jalan Bangi); Naib johan: Talib Mahmud (Ulu Langat); Ketiga: Musa Raduan (Kajang) * Menghias kedai: Johan: {{ :sejarah:ali-store-uniform-store-business-site.pdf ||}}[[https://ali-store-uniform-store.business.site/|Ali Store]]; Naib johan: [[https://www.mysbusiness.com/company/Chop-Choy-Soon|Chop Choy Soon]]; Ketiga: Full Chands **NOTA**: Kempen Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) seluruh negara ini adalah yang julung kali diadakan, dimulai dengan acara di Padang Kelab Melaka. (Ahmad Soffian Bin Mohd Shariff @ eWARTA MARA, 2017: {{ :sejarah:mara_komited_memperkasa_bahasa_kebangsaan_ewarta_mara.pdf ||}}[[https://ewarta.mara.gov.my/2017/11/01/mara-komited-memperkasa-bahasa-kebangsaan/|"MARA komited memperkasa Bahasa Kebangsaan"]]). Kempen seluruh negara ini telah dirancang sejak tahun 1961 (Sharifah Darmia Binti Sharif Adam, 2014: {{ :sejarah:1-s2.0-s1877042814031632-main.pdf ||}}[[https://www.sciencedirect.com/science/article/pii/S1877042814031632|"Cabaran Dan Reaksi Pelaksanaan Bahasa Kebangsaan Dalam Bidang Pentadbiran Dan Pendidikan di Malaysia, 1957–1966"]], dan turut dilancarkan di {{ :sejarah:garis_masa_bulan_bahasa.pdf ||}}[[https://www.languagecouncils.sg/mbms/my/bulan-buhasa/bulan-bahasa-timeline|Singapura]] dan {{ :sejarah:the_guardian_of_the_malay_language.pdf ||}}[[http://bruneiresources.blogspot.com/2011/09/guardian-of-malay-language.html|Brunei]]. ===== 1962-09-07: Kolam Ikan ===== ^ ^ Tarikh ^ Butiran Keratan ^ | {{:sejarah:beritaharian19620907-1-2-50.png?5|Pendudok membena kolam ikan}} | 1962.09.07 | [[https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/Digitised/Article/beritaharian19620907-1.2.50|"Pendudok membena kolam ikan". Berita Harian, 7 September 1962, Page 6]] | 30 orang penduduk [[sejarahbangi-1960-1969#kursus_kg_batu_5_bangi|Kampung Batu 5, Jalan Bangi]] bergotong-royong menggali kolam ikan Lampam Jawa sebesar 100x60 kaki di bawah syarikat kerjasama kemajuan kampung, dipengerusikan oleh Taslim Haji Sakawi. ===== 1962-09-15: Balai Raya Bangi Bahagia & Sg Merab ===== ^ ^ Tarikh ^ Butiran Keratan ^ | {{:sejarah:beritaharian19620915-1-2-66.png?5|Enam balai raya baru untok pendudok}} | 1962.09.15 | [[https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/Digitised/Article/beritaharian19620915-1.2.66|"Enam balai raya baru untok pendudok". Berita Harian, 15 September 1962, Page 6]] | | {{:sejarah:beritaharian19620921-1-2-56.png?5|Amaran kapada pemilek2 tanah}} | 1962.09.21 | [[https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/Digitised/Article/beritaharian19620921-1.2.56|"Amaran kapada pemilek2 tanah". Berita Harian, 21 September 1962, Page 6]] | 1962-09-15: Perasmian [[https://kampungbahagiabangiblog.wordpress.com/2016/10/13/gotong-royong-balai-raya/|balai raya di Kampung Baharu Bangi Bahagia]] oleh En. Othman bin Mohd Din, Pegawai Daerah Kajang. Antara lain beliau menyebut [[https://www.streetdirectory.com/malaysia/selangor/travel/travel_id_449284/travel_site_549459/|balai raya di Sg Merab]] bakal dibina pada bulan Oktober tahun yang sama. 1962-09-21: Di dalam ucapan perasmian Menteri Besar Selangor [[https://ms.wikipedia.org/wiki/Abu_Bakar_Baginda|Dato' Abu Bakar Baginda]], antara lain beliau menyatakan:- \\ * Penduduk perlu kekal bekerja dan berusaha di kampung, berbanding mencari kerja di bandar. * Tanah-tanah yang diberi oleh kerajaan perlu dikerjakan, jika tidak ianya akan diberikan kepada pemohon lain. ===== 1962-10-27: Nasib Penoreh di Musim Hujan ===== ^ ^ Tarikh ^ Butiran Keratan ^ | {{:sejarah:beritaharian19621027-1-2-79-1.png?5|AKIBAT MUSIM HUJAN BANYAK PENOREH2 YG MENGANGGOR}} | 1962.10.27 | [[https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/Digitised/Article/beritaharian19621027-1.2.79.1|"AKIBAT MUSIM HUJAN BANYAK PENOREH2 YG MENGANGGOR". Berita Harian, 27 October 1962, Page 8]] | Mohd Noor bin Ali, warga Kampong Bangi, ialah antara penoreh getah yang terkesan oleh hujan yang turun sepanjang 12 hari berturut-turut. ===== 1962-11-03: Jalan Beranang-Kg Bangi ===== ^ ^ Tarikh ^ Butiran Keratan ^ | {{:sejarah:beritaharian19621103-1-2-74.png?5|Usaha gotong royong di-puji}} | 1962.11.03 | [[https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/Digitised/Article/beritaharian19621103-1.2.74|"Usaha gotong royong di-puji". Berita Harian, 3 November 1962, Page 8]] | Dalam suatu upacara gotong royong dan pembukaan projek luar bandar di Beranang, yang turut dihadiri Tun Abdul Razak (ketika itu Timbalan Perdana Menteri / Menteri Luar Bandar), En Othman Mohd Din (pegawai pembangunan luar bandar daerah Kajang) mengumumkan pembinaan jalan raya sepanjang 5 batu dari Beranang ke Kg Bangi. \\ {{:sejarah:jalan-beranang-bangi.png?400|Peta kasar jalan Beranang-Bangi}} \\ Peta jalan Beranang-Bangi secara kasar. ===== 1962-11-17: Banjir di Bangi & Kajang ===== ^ ^ Tarikh ^ Butiran Keratan ^ | {{:sejarah:beritaharian19621117-1-2-3.png?5|BANJIR}} | 1962.11.17 | [[https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/Digitised/Article/beritaharian19621117-1.2.3|"BANJIR". Berita Harian, 17 November 1962, Page 1]] | Jalan Kajang-Dengkil (Batu 28) ditenggelami air dan tidak dapat dilalui, manakala Jalan Semenyih-Bangi dinaiki air tetapi masih boleh dilalui. ===== 1962-11-21: Jirat Cina Bangi ===== ^ ^ Tarikh ^ Butiran Keratan ^ | {{:sejarah:straitstimes19621121-1-2-66.png?5|New cemetery plan}} | 1962.11.21 | [[https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/Digitised/Article/straitstimes19621121-1.2.66|"New cemetery plan". The Straits Times, 21 November 1962, Page 8]] | Perkuburan jirat Cina bakal dibina di Bangi. \\ {{:sejarah:jiratcinabangi.png?400|Jirat Cina Bangi}} \\ Kemungkinan kawasan tanah perkuburan yang dimaksudkan. ===== 1962-12-20: Pertubuhan Pemuda Desa ===== ^ ^ Tarikh ^ Butiran Keratan ^ | {{:sejarah:beritaharian19621220-1-2-68-13.png?5|AHLI PEMUDA DESA MENJALANI KURSUS PERTANIAN}} | 1962.12.20 | [[https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/Digitised/Article/beritaharian19621220-1.2.68.13|"AHLI PEMUDA DESA MENJALANI KURSUS PERTANIAN". Berita Harian, 20 December 1962, Page 7]] | [[https://www.facebook.com/PageEmpatEmpatEnam/posts/3428691357195781|Pertubuhan Pemuda Desa]] Selatan Ulu Langat telah mengelola sebuah kursus pertanian moden, yang disampaikan oleh Mohd Yusoff bin Din di [[https://pusatfloracheras.blogspot.com/p/maklumat-am.html|Pusat Latihan Pertanian Cheras Kajang]]. Cawangan Bangi menghantar 3 orang wakil, antaranya Cikgu Mohammad bin Mohd Nor dari [[sejarahbangi-1930-1939#peruntukan_bagi_sekolah_bangi|SK Bangi]]. **NOTA 1**: Sedikit perihal [[https://www.facebook.com/PageEmpatEmpatEnam/posts/3428691357195781|Pertubuhan Pemuda Desa]]: //"Pada hari ini (8 September) dalam tahun 1962, Persidangan Pertubuhan Pemuda Desa yang pertama telah diadakan di Rumah UMNO, Kuala Lumpur. Persidangan ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Haji Sardon b. Haji Jubir, Menteri Pengangkutan yang juga Yang Dipertua Pertubuhan Pemuda Desa, lebih 100 orang wakil dari 52 bahagian di seluruh Tanah Melayu telah menghadiri persidangan ini. Semenjak ditubuhkan pada 10 Ogos 1961, inilah kali pertama diadakan mesyuarat agung dan persidangan dan berlangsung selama 2 hari. \\ \\ Di samping perbincangan dan pembentangan kertas kerja, persidangan ini juga turut membincangkan masalah-masalah tanah, persaingan kegiatan antara pertubuhan-pertubuhan, masalah keahlian dan jadual-jadual kerja. Majlis Tertinggi Pertubuhan ini juga telah menetapkan 11 November sebagai hari Pemuda sempena dengan tarikh pendaftarannya. Di persidangan ini, Buku Panduan Pertubuhan Pemuda Desa yang disusun oleh Jawatankuasa Tertinggi telah dibentang dan dipersetujui oleh semua ahli. Penerimaan buku panduan ini telah meletakkan ahli bertanggungjawab di dalam segala bidang yang dianjurkan oleh Pertubuhan termasuk kegiatan pertanian, ternakan, pemasaran, kontrak kerja dan sebagainya. \\ \\ Pertubuhan Pemuda Desa ini merupakan sebuah badan sukarela yang bergabung dengan Majlis Belia Malaya. Matlamat utama Pertubuhan ini ialah bekerjasama dengan kerajaan bagi menjayakan rancangan pembangunan luar bandar, mengamalkan sifat bergotong royong dan berjimat cermat dalam segala urusan, melaksanakan rancangan-rancangan yang berfaedah, mengadakan kursus dalam bidang pembangunan desa, bekerja untuk faedah bersama khasnya masyarakat desa dan bergerak di luar pengaruh politik dan perkauman. Kegiatan-kegiatan Pertubuhan ini tidak lama kerana di sekitar tahun 1965/1966 ia telah dibubarkan."// (446 @ Facebook, 8 September 2020: {{ :sejarah:14_446_-_posts_facebook.pdf ||}}[[https://www.facebook.com/PageEmpatEmpatEnam/posts/3428691357195781|"Pada hari ini dalam tahun 1962, Persidangan Pertubuhan Pemuda Desa yang pertama telah diadakan di Rumah UMNO, Kuala Lumpur..."]]). **NOTA 2**: Pusat Latihan Pertanian Cheras kini dinamakan [[https://pusatfloracheras.blogspot.com/p/maklumat-am.html|Pusat Flora Cheras]] (Pusat Flora Cheras, 2017: {{ :sejarah:pusat_flora_cheras_maklumat_am.pdf ||}}[[https://pusatfloracheras.blogspot.com/p/maklumat-am.html|"SEJARAH PENUBUHAN PUSAT FLORA CHERAS"]]). Beberapa gambar lokasi ini pada tahun 2012: Thrifty Traveller, August 10, 2012: {{ :sejarah:pusat_flora_cheras_the_thrifty_traveller.pdf ||}}[[https://thriftytraveller.org/2012/08/10/pusat-flora-cheras/|"Pusat Flora Cheras"]]. ===== 1963-01-23: Naik Taraf Jalan ===== ^ ^ Tarikh ^ Butiran Keratan ^ | {{:sejarah:straitstimes19630123-1-2-36.png?5|Better roads}} | 1963.01.23 | [[https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/Digitised/Article/straitstimes19630123-1.2.36|"Better roads". The Straits Times, 23 January 1963, Page 5]] | $50,000 diperuntukkan bagi penaik tarafan jalan dan perparitan di sekitar kampung-kampung di Dengkil dan Bangi. ===== 1963-03-11: Sharikat Penternakan ===== ^ ^ Tarikh ^ Butiran Keratan ^ | {{:sejarah:beritaharian19630311-1-2-58.png?5|Sharikat penternakan dapat hasil yang memuaskan}} | 1963.03.11 | [[https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/Digitised/Article/beritaharian19630311-1.2.58|"Sharikat penternakan dapat hasil yang memuaskan". Berita Harian, 11 March 1963, Page 7]] | Sharikat Kerjasama Penternakan dan Pasaran Ayam daerah Ulu Langat dan Kajang, ditubuhkan dua bulan sebelum ini, hasil gabungan 5 sharikat kerjasama di sekitarnya, antaranya di Rinching Hilir, Bangi. Sharikat ini dipengerusikan oleh [[sejarahbangi-1950-1959#dato_kampo_radjo|Dato' Kampo Radjo]]. ===== 1963-03-20: Datok Kampo Radjo Keluar UMNO ===== ^ ^ Tarikh ^ Butiran Keratan ^ | {{:sejarah:beritaharian19630320-1-2-15.png?5|UMNO Semenyih dan pengundi2 terkejut Datok Kampo Radjo keluar UMNO}} | 1963.03.20 | [[https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/Digitised/Article/beritaharian19630320-1.2.15|"UMNO Semenyih dan pengundi2 terkejut Datok Kampo Radjo keluar UMNO". Berita Harian, 20 March 1963, Page 2]] | | {{:sejarah:beritaharian19630404-1-2-7.png?5|Usul 'tidak perchaya' di-kalahkan}} | 1963.04.04 | [[https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/Digitised/Article/beritaharian19630404-1.2.7|"Usul 'tidak perchaya' di-kalahkan". Berita Harian, 4 April 1963, Page 1]] | 1963-03-20: [[sejarahbangi-1950-1959#dato_kampo_radjo|Dato' Kampo Radjo]], ketika ini ADUN Semenyih (termasuk Kajang dan Bangi), telah keluar daripada UMNO. Keputusan ini dipercayai disebabkan suatu peristiwa melibatkan En [[https://ms.wikipedia.org/wiki/Aziz_Ishak|Aziz Ishak]], bekas Ketua Jawatankuasa Perhubungan UMNO Selangor dan bekas Menteri Pertanian dan Sharikat Kerjasama. 1963-04-04: Beliau kemudiannya membuat usul tidak percaya di sidang DUN Selangor, tetapi ianya ditolak. **NOTA**: Maklumat lanjut mengenai keputusan ini, serta "peristiwa yang melibatkan [[https://ms.wikipedia.org/wiki/Aziz_Ishak|Aziz Ishak]]":- * //"Datuk Kampo Radjo turut keluar dari UMNO apabila Abdul Aziz Ishak dipecat daripada UMNO. Abdul Aziz Ishak bersama-sama Datuk Kampo Radjo kemudiannya menubuhkan Parti Perhimpunan Kebangsaan. Parti ini dipimpin oleh Abdul Aziz Ishak sebagai pengerusi sementara Datuk Kampo Radjo sebagai timbalan pengerusi. Parti ini kemudian bergabung dengan Front Sosialis Rakyat Malaya dan Datuk Kampo Radjo dipilih sebagai bendaharinya. Semasa konfrontasi dengan Indonesia, dia telah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri bersama-sama Abdul Aziz Ishak, Pak Sako, Datuk Raja Hanifah dan Husin Yaakub. Dia dibebaskan empat tahun kemudiannya."// (Dewan Bahasa dan Pustaka, 1999: {{ :sejarah:8160627ee7160c2ead190719417c26b5.pdf ||}}[[http://malaycivilization.com.my/items/show/99989|Ensiklopedia Sejarah dan Kebudayaan Melayu jilid 4 : m/s 600]]) \\ \\ * //"Dalam soal pembangunan luar bandar, Tunku Abdul Rahman telah menugaskan Aziz Ishak melaksanakan rancangan pembangunan tersebut. Soal yang berhubung dengan kerjasama juga diletakkan di bahawa jagaannya. Aziz sentiasa mempunyai rancangan yang sangat menarik rakyat. Dia merancang syarikat kerjasama kilang kertas dan kilang baja urea. Dengan rancangan-rancangan lain terdapat satu rupa perkembangan bahawa begitu ramai rakyat yang mulai terpesona dengannya. Oleh yang demikian telah timbul satu macam persaingan antara Dato Abdul Razak dengan Aziz Ishak dalam barisan kedua UMNO. Dan Aziz sendiri pernah berazam untuk menandingi Dato Abdul Razak sebagai Timbalan Ketua UMNO. Perkembangan ini adalah saat paling cemas bagi Dato Abdul Razak. Bagaimanapun, rancangan pembangunan yang dirangka Oleh Aziz yang dicontohinya dari India tidak menarik minat Tunku dan pucuk pimpinan UMNO. Oleh yang demikian Tunku terpaksa menyerahkan kepada Dato Abdul Razak untuk merangka satu rancangan pembangunan. Rancangan itu diterima. Dan kemudiannya Kementerian Luar Bandar diserahkan kepada Dato Abdul Razak pada 1959 (Malaysia Official Year book 1969: 270). \\ \\ Apakah rancangan yang dibuat Oleh Aziz itu ada peranan yang dimainkan oleh Dato Abdul Razak untuk menolaknya hanya Tunku sahaja yang tahu. Tetapi apa yang nyata ialah Dato Abdul Razak dalam hal seperti ini berjaya mendapat kepercayaan pucuk pimpinan. Dan Aziz pula kerana caranya lebih banyak disokong oleh ahli-ahli UMNO di kawasan pertanian, maka ia berhadapan pula dengan perasaan curiga masyarakat lain kaum. Pada ketika yang sama MCA pula merasa bahaya dengan langkah-langkah Aziz lalu mengambil tindakan yang boleh merenggangkan lagi Aziz dengan pucuk pimpinan Tunku. Akhirnya, menjelang waktu Konfrontasi bila Tunku melakukan rombakan kabinet, Aziz telah ditukarkan ke Kementerian Kesihatan dan beliau menentang, akhirnya beliau telah disingkirkan dari kabinet. Aziz kemudiannya terus menjalankan kegiatan yang mengkritik Tunku, maka Tunku merasakan itu boleh memecah-belahkan UMNO, lalu dia dipecat. Dengan pemecatan itu berakhirlah cabaran Aziz dalam UMNO. Dato Abdul Razak terselamat dari bahaya saingan yang sangat mencemaskan (Ibid.)"// (Mokhtar Muhammad, 1998: {{ :sejarah:um-675-2-bab1.pdf ||}}[[http://studentsrepo.um.edu.my/675/|"Dasar Tun Abdul Razak, Dato' Hussein Onn dan Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad dari 1970-1990 : kesinambungan dan perubahan"]], Bab 1, m.s. 9-11).\\ \\ * //"The study found that Aziz was instrumental in developing the agricultural sector and improving the living standards of the rural population. He achieved success when he implemented several ground breaking ideas which included the introduction of a paddy and fish marketing project, modernization of the agricultural sector, the use of urea fertilizer and twice a year rice planting scheme, the use of improved and better quality seeds and the introduction of larger boats and better quality fishing nets. He also set up cooperatives throughout the country to curb the activities of middlemen. Aziz’s thought and actions were considered revolutionary. They were never implemented before this by any parties, but it was not viewed favourably by the Tunku who was known to be pro-capitalist and western in outlook. He accused Aziz of deliberately seeking support and popularity among the people this resulted in a conflict between the Tunku and Aziz. Aziz who stood firm and uncompromising in his struggle and was eventually sacked from the Cabinet and it ended his political career while trying to protect the progress and development of the agricultural sector and the Malays."// (Mohamad Idris Saleh, 2013): {{ :sejarah:s93038.pdf ||}}[[http://etd.uum.edu.my/3602/|"Abdul Aziz Ishak: Biografi Politik 1955 hingga 1962"]]) \\ \\ * Sumber lain: Mohd Halmi Kg Gajah @ Orang Perak, 20 Julai 2020: {{ :sejarah:kisah_abdul_aziz_ishak_dari_trong_yang_berani_orang_perak.pdf ||}}[[https://www.orangperak.com/kisah-abdul-aziz-ishak-dari-trong-yang-berani.html|"Kisah Abdul Aziz Ishak Dari Trong Yang Berani"]].