User Tools

Site Tools


sejarahbangi-1940-1949

Keratan Akhbar Berkaitan Bangi: 1940-1949

1940-01-15: Pengurus Ladang Broome

Laporan mesyuarat I.S.P. (Incorporated Society of Planters) tentang peri penting pendidikan teknikal bagi bakal petugas operasi ladang, sebagai persediaan bagi mereka mengambil alih peranan pihak pengurusan kelak. Ini termasuk pendidikan dan peperiksaan bahasa pertuturan/komunikasi para pekerja ladang, iaitu Bahasa Tamil, Telugu dan Melayu. Sebelum musim peperangan, peperiksaan ini dikelola oleh pihak kerajaan. Kini terpaksa diambil alih oleh persatuan. Peperiksaan Bahasa Tamil yang pertama telah dikelola oleh pengurus Ladang Broome di Bangi, Mr. F.J. Pratt.

NOTA: Mr. F.J. Pratt kemudiannya dilantik sebagai ahli Majlis Negeri Selangor pada 15 Jun 1940. Pada tahun 1939, Mr. F.J. Pratt ialah antara individu yang menyokong cadangan awal penubuhan kumpulan wang simpanan pekerja ladang.

1940-07-13: Perancangan Bekalan Elektrik

Perancangan bekalan elektrik bagi beberapa kawasan luar bandar termasuk Bangi.

1941-06-20: Pengurus Ladang Bukit Tunggu(l)

Mr. C.A.V. Buxton, pengurus Ladang Bukit Tunggu(l), memberi pinjaman $1,000 kepada kerajaan British untuk biaya perang.

1941-1945: Penaklukan Jepun

Tarikh Butiran Keratan
1941-1945 Penaklukan Jepun di Malaya

Maklumat lanjut tentang penaklukan Jepun di Malaya:-

1947-10-11: Amuk Dalam Keretapi

Laporan kejadian amuk di atas keretapi Singapura-KL sejurus selepas stesen Bangi. Pengamuk kemudiannya terjun dari keretapi kira-kira 4 batu dari Kajang, di sekitar Sungai Tangkas, lalu mengamuk pula di sebuah rumah kongsi di bawah sebuah jambatan berdekatan landasan. Amukan turut berlaku di Ladang Sungai Tangkas, kira-kira 2 batu dari situ. Tragedi ini telah mengorbankan sejumlah 9 orang, manakala 12 lagi cedera. Pengamuk tersebut, seorang Banjar bernama Mohamed Arsat/Upoh/Utoh/Makaran/Mat Taram bin Saal, adalah penumpang keretapi, bersama anak dan isterinya. Menurut isterinya, mereka telah menjual rumah dan tanah mereka di Bagan Terap, Teluk Anson (Teluk Intan). Berbekalkan hasil jualan sebanyak $200, mereka merancang untuk ke kampung mereka di Pulau Tunggal, Sumatera. Mereka menaiki bas ke Bidor, kemudiannya naik keretapi ke Singapura. Malangnya tambang kapal dari Singapura ke Pulau Tunggal ialah $40 setiap seorang, dan wang mereka tidak mencukupi. Mereka terpaksa kembali ke Teluk Anson, dengan menaiki bas ke Labis, dan kemudiannya menaiki keretapi ini. Selepas kejadian, pengamuk telah melarikan diri ke Teluk Anson, dan membuat laporan kehilangan anak isteri di Sabak Bernam. Di situ beliau tertangkap dan dikenalpasti oleh saksi. Beliau diadili di mahkamah pada Mei 1948, dan dihukum sebagai tidak siuman lalu ditempatkan di hospital kesihatan jiwa di Tanjung Rambutan.
Kemungkinan kawasan amukan
Kemungkinan kawasan amukan (bulatan-bulatan merah).
Ahli keluarga salah seorang mangsa (Cheow Hin) yang terselamat
Ahli keluarga salah seorang mangsa (Cheow Hin) yang terselamat.

NOTA: Maklumat lanjut: [Wikipedia]

1947-12-01: Tahanan Terlepas

51 daripada 75 orang tahanan di pusat pemulihan Selangor Boys' Home di Penjara Pudu, Kuala Lumpur, telah berjaya membebaskan diri mereka pada jam 2 pagi, dengan memanjat bumbung dan pagar premis tersebut. 40 daripadanya berjaya diberkas, antaranya di sekitar Kajang dan Bangi. Ini adalah kejadian kedua selepas kes Cham Tham Lin beberapa bulan sebelumnya, yang berjaya melepaskan diri menggunakan pistol yang diseludup dalam roti. (Cham Tham Lin kemudiannya berjaya diberkas pada akhir bulan ini, dan dijatuhi hukuman pada April 1948).
Kemungkinan perjalanan sebahagian tahanan yang diberkas di Bangi.
Kemungkinan perjalanan sebahagian tahanan yang diberkas di Bangi.

1948-03-22: Penghormatan Buat Gandhi

Seorang balu berbangsa India yang tinggal lebih 1 batu dari Kajang menghala ke Bangi, berpuasa selama 48 hari sejak kematian Mahatma Gandhi, sehingga majlis penghormatan terakhir beliau.

NOTA: Maklumat lanjut tentang majlis penghormatan terakhir Gandhi di Singapura dan Malaya: "Gandhi's Ashes For Malaya. Malaya Tribune, 16 March 1948, Page 3 (Gambar 1,Gambar 2)

1948-06-23: Ladang Ampar Tenang

Wakil kerajaan India, Mr. Nadaraja Pillai, membuat lawatan rasmi ke ladang |Ampar Tenang di Bangi berikutan dakwaan pemberhentian kerja secara mengejut terhadap 8 orang pekerja India di sana.

1948-07-15: Awal Darurat

Antara lain melaporkan pemandu sebuah lori ikan dan sayur cedera ringan (ada laporan mengatakan beliau cedera parah setelah terkena 3 daripada 5 das tembakan) setelah diserang di selekoh Jalan Bangi-Rekoh, ketika dalam perjalanan dari Kajang ke Sungai Pelek.
Kemungkinan kawasan sekitar lokasi serangan
Kemungkinan kawasan sekitar lokasi serangan.

NOTA 1: Peristiwa serangan ini berlaku sebulan selepas Pengisytiharan Darurat bagi seluruh Malaya (Malayan Emergency), berikutan peperangan gerila di antara Tentera Komanwel dengan Tentera Komunis.

NOTA 2: Maklumat lanjut tentang darurat:-

  1. Syed Mahadzir, 2007: |"Darurat Tanah Melayu"
  2. Liviniyah, P., 2019: |"Malayan Emergency"
  3. Mohd Kasri Saidon @ International Journal of Law, Government and Communication, Volume: 4 Issues: 15 [June, 2019] pp.235-251: |"ERA DARURAT 1948-1960; STRATEGI DAN PERANCANGAN PIHAK KERAJAAN MEMERANGI ANCAMAN PARTI KOMUNIS MALAYA(PKM)" (PDF).
  4. Author Unknown (reposted by Dave Barton, 2012): |"Essay About The History of Malaya In The 40s and 50s"

NOTA 3: Maklumat lanjut mengenai Tentera Komanwel: Riley Sunderland, 1964: |"Army Operations in Malaya, 1947-1960".

NOTA 4: Maklumat lanjut mengenai Tentera Komunis:-

  1. Gene Z. Hanrahan, 1971: |"THE COMMUNIST STRUGGLE IN MALAYA"

1948-07-17: Lau Yew Terbunuh

Salah seorang pemimpin MPAJA sejak penaklukan Jepun di Malaya, Lau Yew, adalah antara yang terbunuh dalam serangan balas pihak polis dalam serangan hendap tentera Komunis di sekitar Jalan Kajang-Semenyih, kira-kira sebatu dari Kajang.

NOTA 1: Menurut laporan Australian Associated Press-Reuter, pihak polis menyerbu sebuah rumah di ladang berdekatan Kajang dan terus membunuh 2 pemimpin pihak Komunis, termasuk Lau Yew. (|"TWO COMMUNIST CHIEFS KILLED - Dawn Gun Battle At Rebel H.Q.", The Advertiser (Adelaide, SA : 1931 - 1954), Sat 17 Jul 1948, Page 1

NOTA 2: Setelah berakhirnya penaklukan Jepun pada Januari 1946, Lau Yew adalah antara pemimpin MPAJA/PKM (selain Chin Peng) yang dianugerahi penghargaan oleh pihak British, atas kerjasama mereka menentang tentera Jepun.
Mountbatten and Liu Yau, Red Star Over Malaya,pp.133a
Mountbatten and Liu Yau, Red Star Over Malaya,pp.133a
(Sumber maklumat dan gambar: |Hun Ping @ sgfilmhunter/The Hunter, 2012: "Location Scouting in archive footage of the immediate events following the Japanese surrender in 1945 (Part 3 – The Decoration Ceremony)")

NOTA 3: Maklumat lanjut tentang dinamika hubungan antara pihak Komunis dengan British: Ahmad Zaki Mohd Johari, 2017: |"Kerjasama dan konflik antara Parti Komunis Malaya dengan British Di Tanah Melayu, 1941-1948" (PDF).

1948-07-26: Pengeboman dan Serbuan

Operasi pengeboman udara di kawasan kubu tentera Komunis di sekitar Kajang-Semenyih. Antara yang terkorban: seorang tua dan seorang gadis. Diikuti serbuan besar-besaran oleh pasukan polis dan askar.

NOTA 1: Laporan operasi ini di Australia: |"Spitfires, Troops Launch Attack In Malaya". The Canberra Times, Mon 26 Jul 1948, Page 1

NOTA 2: Kemungkinan tindak balas kejadian serangan hendap terhadap seorang pemilik ladang dan keluarganya beberapa hari sebelumnya, yang telah mengorbankan anak mereka. ("SHOT BOY DIES". Malaya Tribune, 24 July 1948, Page 8)

NOTA 3:
Kemungkinan kawasan-kawasan serangan.
Kemungkinan kawasan-kawasan serangan.

1948-10-08: Laporan Pertempuran

Beberapa laporan pertempuran dengan tentera Komunis di seluruh Malaya, antaranya di Bangi.

Hutan Sungai Jeloh(k)

Operasi pertama pemindahan penduduk setinggan pinggir hutan yang dikenalpasti sebagai kubu Komunis, antaranya di Sungei Jeloh(k), Kajang, terutamanya di sebelah timur Hutan Simpan Jeloh(k). Bandar Kajang sendiri merupakan bekas ibu pejabat Parti Komunis Selangor. Turut dilaporkan, serangan pihak Komunis terhadap sebuah kem Grenadier Guards British di Bangi.
Lokasi Hutan Rizab Jeloh(k)
Lokasi Hutan Simpan Jeloh(k).

NOTA 1: Hutan Simpan Jeloh(k) kini telah dinyahwartakan menjadi ladang Klon Lateks Balak (Latex Timber Clone - LTC):-

NOTA 2: Maklumat lanjut tentang Klon Lateks Balak (Latex Timber Clone - LTC):-

NOTA 3: Penyahhutanan ini dikatakan menjadi salah satu faktor utama meningkatnya kadar serta tahap banjir kilat di sekitar Kajang:-

  1. “Difahamkan terdapat beberapa faktor utama yang menyebabkan kejadian banjir kilat itu berlaku, antaranya penerokaan tanah bagi tujuan pertanian di kawasan Hutan Simpan Hulu Sungai Jelok yang menyebabkan Sungai Jelok cetek hingga menyukarkan pengaliran air hujan. (Subkhi Sudarji @ Sinar Harian, 3 Disember 2011: |"Banjir Terburuk Sejak 40 Tahun").
  2. “Malaysian Nature Society (MNS) Selangor branch committee member Lim Teck Wyn has given examples of insensitive development, some carried out without any regard for regulations. He said the whole of Sungai Jelok Forest Reserve in Kajang had been replaced with rubber plantation in 2009. The 250ha forest reserve was a water catchment area for Sungai Jelok, a tributary of Sungai Langat. … For example, in Sungai Jelok, the forest reserve is now used to plant latex timber clone rubber trees. The act has caused serious erosion and Kajang is being hit by floods at an unprecedented scale.” (Yip Yoke Teng @ The Star, 23 Feb 2013: |"Land clearing activities in Selangor stripping away precious greenery")
  3. Namun pembangunan di sepanjang tebing dan hulu Sungai Jelok dianggap faktor paling utama: ”The original terrain of the town is an alluvial plain. A large proportion of settlements are in flat alluvial zones or areas with low elevation (Muhamad 2016). Kajang is susceptible to flood due to its geomorphology. The situation is exacerbated by excessive development upstream of the Jeluk River where multiple residential development projects have increased the water runoff during heavy rains. This is the primary cause of flooding in Kajang (Bahrum & Malek, 2016). Intense development has also increased the percentage of impervious surfaces, overwhelming the drainage system and resulting in a large amount of surface runoff (Lee & Pradhan, 2007; Muhamad et al., 2015). The vulnerability of the community has increased due to intense development upstream of Kajang. The hilly areas upstream with increased surface runoff have overwhelmed the narrow river of the town and created a bottleneck resulting in flash floods. Extreme increase in precipitation due to climate change is expected to exacerbate the situation (Pereira et al. 2010).“ (Nurfashareena Muhamad, Choun-Sian Lim and Joy Jacqueline Pereira, 2017: |"Flood Hazard Mapping in Kajang, Malaysia")

1949-02-05: Perihal Setinggan Cina

Perihal masyarakat setinggan Cina di pinggir hutan Malaya, sejarah keberadaan dan pengalaman mereka, yang menjadi faktor kecenderungan mereka terhadap ideologi komunisme:-

  • 1920-an (Selepas Perang Dunia Pertama): Lonjakan industri getah dan timah: syarikat-syarikat berkaitan berkembang pesat di Malaya, membawa masuk ribuan buruh dari India dan Cina.
  • 1931-1932: Kejatuhan mendadak harga getah dan timah. Banyak ladang dan lombong ditutup, para buruhnya ditinggalkan lalu terkandas di sini akibat hilang pendapatan. Mereka menyara hidup dengan bercucuk tanam di ladang dan lombong tinggal. Masyarakat setinggan sebegini mula berkembang.
  • 1933-1940: Harga getah dan timah beransur pulih. Syarikat kembali ke ladang dan lombong mereka, dan terpaksa mengambil penghuni setinggan bekerja, di samping meneruskan perkebunan mereka. Sementara itu, berlaku perang saudara di tanah besar Cina di antara pihak komunis dan nasionalis, mencetus pertambahan pelarian ke Malaya, lalu mengembangkan lagi populasi masyarakat setinggan di sini.
  • 1941-1945: Penaklukan Jepun ke atas Malaya. Ramai pekerja hilang mata pencarian, lalu turut serta bercucuk tanam, antaranya bersama masyarakat setinggan Cina ini. Pihak Jepun menggalakkannya, sebagai punca pemerasan bekalan makanan. Namun tak semena-mena, petempatan mereka mula menjadi tempat persembunyian para pemberontak gerila yang menentang pihak Jepun, dan mendapat sokongan masyarakat yang tertindas, terutamanya di kalangan anak muda. Pemimpin gerila komunis dari tanah besar Cina mula menyusup masuk. Di samping mengepalai pemberontakan ke atas Jepun, mereka turut membuat persediaan untuk peringkat selepasnya.
  • 1946-1949: Kesan ekonomi pasca Jepun menyebabkan kos sara hidup meningkat. Ramai memilih untuk kekal sebagai petani setinggan. Pihak komunis mula bertindak memulakan pemberontakan terhadap pemerintah. Sebahagian masyarakat setinggan menyokong. Sebahagian lagi menghadapi tekanan dari pihak komunis, lalu terpaksa menjadi pembekal makanan dan maklumat, demi kelangsungan hidup dan keselamatan keluarga mereka. Dalam masa yang sama, mereka turut mendapat tekanan dari pihak pemerintah yang memaksakan sokongan terhadap mereka. Padahal dianggarkan 95% bekalan makanan seluruh Malaya dan Singapura, bergantung kepada hasil tanaman dan ternakan mereka. Antaranya, warga setinggan Bangi turut membekalkan makanan untuk warga Kuala Lumpur.
    Antara warga setinggan Cina yang sedang dipindahkan.
    Antara warga setinggan Cina yang sedang dipindahkan.

NOTA 1: Perihal ekonomi Malaya sebelum, ketika, dan selepas penaklukan Jepun: “Malaya’s resources would have been a significant asset had Japan succeeded in developing the East Asian economic sphere, but in 1942 they were a liability because the large workforces employed on plantations and mines were thrown out of work, and became a potential source of unrest and resistance. By the end of 1943 the Japanese administration was absorbing surplus labour to work on military construction projects, but these jobs did little to alleviate growing economic distress. Moreover, the loss of international trade resulted in a massive shortfall in government revenues, and when the Japanese administration responded by printing currency notes to cover expenses, the predictable result was runaway inflation.” (Paul H. Kratoska: |"THE JAPANESE OCCUPATION: MALAYAN ECONOMY BEFORE, DURING AND AFTER")

NOTA 2: Kira-kira setahun selepas ini, pihak British menjalankan operasi besar-besaran di seluruh Malaya, bagi memindahkan masyarakat setinggan Cina ini ke perkampungan baru yang dirancang dan dibina berdekatan bandar, khusus untuk memutuskan hubungan mereka dengan kubu-kubu tentera gerila komunis di pinggir hutan (1951-03-14: Perkampungan Baru).

NOTA 3: Maklumat lanjut tentang darurat: 1948-07-15: Awal Darurat

1949-03-21: Perintah Berkurung

Perintah berkurung (dari 6 petang hingga 6 pagi) kali pertama dikuatkuasakan, di beberapa “kawasan hitam” (berdekatan kubu tentera Komunis) di Selangor: Kajang, Semenyih, Cheras, Broga, Bangi, dan Den(g)kil.

Pengakuan penting: Kami bukan ahli sejarah! Sila klik di sini untuk penjelasan lanjut.

sejarahbangi-1940-1949.txt · Last modified: 2020/08/20 16:39 by sazli