User Tools

Site Tools


usm-hsa101-m1

This is an old revision of the document!


Kuliah Minggu 1 (19/10/2023): Kerelevenan sejarah kepada masyarakat dan negara (Mahani Musa)

1. Objektif

  • Mengapa kita perlu pelajari sejarah?
  • Ilmu sejarah tidak relevan kepada kehidupan manusia???

2. Krisis dalam bidang/ilmu sejarah

  • Sering dianggap tidak mempunyai kepentingan/tujuan tertentu
  • Kaji peristiwa lampau-lapuk-usang
  • Dianggap tidak relevan dgn sains & teknologi – tidak jamin perkerjaan

Krisis ini juga berlaku di universiti seluruh dunia sejak 1990an – banyak universiti di Eropah tutup jabatan yang kurang popular , cth, jabatan falsafah & jabatan sejarah (ada yang kekalkan namun pelajar tidak setanding pelajar sains & teknologi), ada digabungkan dengan jabatan lain.

3. Mengapa sejarah penting? “Yang baik jadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan”

  • Meningkatkan pengetahuan tentang asal usul & warisan – kukuhkan semangat menghargai warisan sejarah
  • Memberi pendidikan/pengajaran kpd masyarakat (masa lalu dan hubungannya dengan masa kini)
    • Sejarah sebagai sempadan moral/teladan- baik-buruk
    • Pupuk keintelektualan – sentiasa berfikir “mengapa”, ‘bagaimana untuk atasi’ – lahirkan masyarakat matang & bersedia hadapi cabaran dunia
  • Pembangunan bangsa & negara – matlamat akhir belajar sejarah
    • Memupuk semangat cintakan negara
    • Sejarah mengajar kita mengingati & bukan melupakan
  • Critical thinking/Kematangan minda – melalui maklumat /fakta– diproses-analisis- buat keputusan- ibarat seorang hakim – maksudnya tidak mudah menerima pernyataan orang lain tanpa siasatan
usm-hsa101-m1.1698224316.txt.gz · Last modified: 2023/10/25 16:58 by sazli