Jadual Kandungan

Keratan Akhbar Berkaitan Bangi: 1900-1909

1905-12-21: Harimau

Berakhirnya riwayat seekor harimau yang berkeliaran di sekitar Bangi:-

Muzium Kuala Lumpur
NOTA 1: Kemungkinan kulit harimau ini sudah tidak ada lagi? “Bangunan Muzium Kuala Lumpur yang telah binasa oleh serangan kapal terbang dalam masa perang dunia kedua 1941 hingga 1945. Di tapak bangunan inilah didirikan semula bangunan Muzium Negara hari ini.” (Mohd Thani bin Lamsah, 1974: |"SEJARAH TEMPATAN BERGAMBAR - UNTUK MEMPERINGATI DYMM SERI PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN AGONG MALAYSIA V", m.s.77).

Kemungkinan kawasan harimau
NOTA 2: Gambaran lokasi secara kasar. Bulatan biru: Kemungkinan kawasan kejadian. Bulatan merah: Kemungkinan kawasan serangan harimau 1-2 bulan sebelumnya.

1906-04-20: Getah di Malaya

Pembukaan ladang-ladang getah di Malaya (Bukan di Bangi, tapi masih dalam Selangor, dan menarik untuk dibaca).

NOTA: Rencana menarik berkenaan sejarah ladang Prang Besar berhampiran Bangi (kini Putrajaya): |"The Story of Prang Besar Estate", oleh VD Nair (Pengurus estet Prang Besar tahun 1950-an)
Penoreh getah zaman dahulu
“Late in the morning, Indian rubber tappers would collect latex from the cups, pour it into the buckets and then the buckets would be emptied into the large collecting bin on the cart. In the early days the cart was towed by bullocks and the latex in the bin would be taken to the collecting centre to be processed into rubber sheets.” (VD Nair, |"The Story of Prang Besar Estate").
Sumber lain: |James Hagan, Andrew Wells, 2005: "The British and rubber in Malaya, c1890-1940"

1906-11-05: Ladang Bangi @ Rekoh

Pendaftaran (dan pengiklanan) Syarikat The Bangi Rubber and Tin Properties, antara lain mengurus ladang di Reko (kemungkinan di sekitar lembah Sungai Rekoh, berhampiran UKM sekarang).
Sekitar Sungai Rekoh

NOTA 1: Ladang di Rekoh ini pernah dilengkapi dengan sebuah hospital, namun ianya ditutup setelah hospital Kajang dibuka untuk semua (mungkin setelah bangunan barunya siap dibina pada tahun 1910 (Hospital Kajang, 2016: |"Sejarah")). Ladang Bangi Rubber kemudiannya bergabung dengan Ladang Balgownie, kemungkinan sekitar tahun 1908-1909 (The London Gazette, December 1, 1908: |"JOINT STOCK COMPANIES").

1908-09-23: Industri Getah Dunia

Hal Ehwal Semasa Industri Getah. (Bukan Malaya, tapi tetap menarik untuk dibaca).

1909-07-05: Keretapi Singapura-KL

Perjalanan sulung keretapi Singapura-KL, terkandas beberapa jam di Bangi.
Peta Kemungkinan Landasan Keretapi Singapura-KL
NOTA: Maklumat lanjut mengenai sejarah landasan keretapi di Semenanjung Tanah Melayu: |"F.M.S.Railway - KTMB Historical Date (1900 - 1950)"

Pengakuan penting: Kami bukan ahli sejarah! Sila klik di sini untuk penjelasan lanjut.