Jadual Kandungan

Keratan Akhbar Berkaitan Bangi: 1910-1919

1910-01-14: Import Arak

Tarikh Butiran Keratan
Undang-Undang Import Arak di Bangi 1910.01.14 "Untitled". The Straits Times, 4 January 1910, Page 6

Undang-Undang Pengimportan Arak di Bangi.

1910-06-23: Jalan KL-Seremban

Pembukaan jalan KL-Seremban, melalui Kajang (Jalan Reko) → Bangi (UKM kini) → (Kemungkinan Jenderam Hulu) → Salak → (Kemungkinan Nilai → Labu) → Seremban.
Peta Kemungkinan Perjalanan KL-Seremban.

1910-11-03: Jalan Telok Datok-Bangi

Projek-projek di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, antaranya jalan dari Telok Datok ke Bangi.
Peta Kemungkinan Perjalanan Telok Datok-Bangi.

1911-10-18: Ladang Broome

1911-10-18: Keluasan ladang getah Broome and Bangi Rubber ketika ini adalah sebanyak 2,040 ekar.
Ladang Broome

1915-11-04: Laporan penghasilan semasa. Turut dinyatakan lokasinya yang strategik ketika itu, iaitu bersebelahan dengan Stesen Keretapi Bangi.

1917-08-20: Pengumuman paten rekabentuk mesin pelipat getah krep, ciptaan Frederick Rothwell Holt.

NOTA 1: Rekabentuk mesin ini dicipta oleh Frederick Rothwell Holt ketika beliau bertugas di Ladang Broome selama 4-5 bulan sahaja, sebelum kembali ke England. Pada tahun 1920, beliau didapati bersalah dalam suatu kes bunuh, dan telah dijatuhkan hukuman mati.

NOTA 2: Pada tahun 1953 (atau 1962?), sebuah sekolah Tamil dibina di sini bagi menggantikan sekolah Tamil di Ladang Bukit Tunggu(l) (Dr S Subramaniam, 2017: |"Majlis Perasmian Bangunan Baru & Bilik Komputer SJK(T) Bangi") (Sumber lain: Esther Chandran, @ The Star, 2007: |"Bridge set to offer an easy way out for folks").

1913-11-29: Suasana Kajang

Suasana di daerah Kajang ketika itu, sebagai antara daerah ladang getah tertua dan terbesar di Malaya.
NOTA: Sudut pandang berbeza: Suatu makalah sejarah masyarakat Cina di Kajang: |"Migration, Settlement and the Rise of a New Middle Class in Malaysian Chinese Society: A Case Study of Kajang", oleh Diana WONG, LIN Chew Man and TAN Pok Suan (2014).

1915-06-30: Kindersley Brothers @ Ladang Balgownie

Laporan mesyuarat lembaga pengarah Ladang Balgownie, dipengerusikan oleh R.C.M. Kindersley. Antara isu yang dibangkitkan ialah kesan penorehan getah berlebihan (overtapping) di Bangi, serta penutupan hospital ladang di Reko, setelah hospital Kajang dibuka kepada semua (mungkin setelah bangunan barunya siap dibina pada tahun 1910 (Hospital Kajang, 2016: |"Sejarah")).

NOTA 1: Perihal Ladang Balgownie: Asalnya ladang kopi, kemudian ditanam getah dan digabungkan dengan Bangi Rubber Estates. Diuruskan oleh D.C.P. Kindersley (adik kepada R.C.M. Kindersley).
Ladang BalgownieLokasi Ladang Bangi
Kiri: Sumber maklumat: Arnold Wright, 1908: |"Twentieth century impressions of British Malaya: its history, people, commerce, industries, and resources", m.s. 445.
Kanan: Lokasi Ladang Bangi.

NOTA 2: “Ronald CM and Douglas CP Kindersley were among the first to experiment with soil conservation methods. The parent tree of clone PB 86 is well known as a parent of many modern clones and extensively planted in its day came from Kajang Estate. This tree, until a few years ago was especially protected by a fence constructed around it and could be seen on the left-hand side of the Kajang-Seremban road.” (VD Nair: |"The Story of Prang Besar Estate").
Kemungkinan lokasi asal Ladang Kajang
Kemungkinan lokasi asal Ladang Kajang, bersebelahan jalan Kajang-Seremban.

NOTA 3: Perihal R(Ronald).C(Charles).M(Murray). dan D(Douglas).C.P. Kindersley:-

R.C.M. KindersleyDokumen-dokumen Ladang Kajang
Kiri: R.C.M. Kindersley. Kanan: Dokumen-dokumen Ladang Kajang. (Sumber: Inch Kenneth Rubber Estates Limited, 2010: |"100 Years of Establishment")

Setelah peninggalan R.C.M. Kindersley, syarikat Inch Kenneth terus berkembang sehingga kini. Antara peristiwa penting berkaitan Bangi dan sekitarnya:-

Sumber utama: Inch Kenneth Rubber Estates Limited, 2010: |"100 Years of Establishment")

NOTA 4: Setelah perubahan penukaran status tanah kepada pembangunan, syarikat-syarikat pemaju mula mengambil alih pengurusan atau pemilikan ladang-ladang. Penduduk dan pekerja asal Ladang Dunedin mula diberhentikan dan dipindahkan. Kehidupan masyarakat yang telah mengakar berpuluh tahun di ladang, seolah dicabut terus. Di bawah pengurusan dan matlamat baru pemaju, sejarah perkhidmatan, perjanjian, serta hak-hak kehidupan mereka seringkali terpinggir atau terlupus, lalu menimbulkan beberapa masalah dan kesan yang berpanjangan (contohnya di Ladang Dunedin: masalah berlarutan selama 5 tahun: 2008-2013):-

NOTA 5: Masalah penduduk di Ladang Bangi (yang telah/pernah bergabung dengan Balgownie di atas), berlarutan lebih lama lagi, selama 9 tahun: 2000-2019 (pemilik asal: Sime Darby):-

NOTA 6: Bacaan lanjut mengenai nasib penduduk asal sesuatu tempat (penduduk kampung, pekerja ladang, dll), serta kesan terhadap keluarga, budaya, dan sosioekonomi mereka, setelah tanah yang mereka duduki diambil alih untuk pembangunan, oleh syarikat swasta mahupun kerajaan:-

1915-11-10: Ladang Gula

Tarikh Butiran Keratan
Sugar. 1915.11.10 "Sugar". Malaya Tribune., 10 November 1915, Page 14

Aduan pembaca, seorang pengusaha ladang tebu di Bangi, berkenaan kemerosotan prospek keuntungan dan tenaga kerja ladang tebu berbanding getah. Antara dakwaan beliau: ladang getah lebih rendah kos pengusahaannya, serta tidak terjejas oleh peralihan sistem kuli kontrak kepada sistem migran “bebas”.

NOTA: Maklumat lanjut tentang peralihan ini boleh dibaca dalam artikel Amarjit Kaur @ New Mandala (2013):-

Sumber lain: |James Hagan, Andrew Wells, 2005: "The British and rubber in Malaya, c1890-1940"

1916-05-10: Belalang Juta

Laporan kawalan populasi belalang juta di Malaya, melalui kaedah racun di kawasan sarangnya, termasuk sawah-sawah padi di sekitar Bangi.

1917-04-05: Ladang Bukit Tunggu(l)

Kelahiran anak pasangan Mr/Mrs Robert Stevenson di Ladang Bukit Tunggu(l), Bangi.

NOTA 1: Mungkinkah ada kaitan dengan Mr. Robert Stevenson (1923)?

NOTA 2: Sebelum tahun 1953 (atau 1962?) terdapat sebuah sekolah Tamil di sini, sebelum ia dipindahkan ke Ladang Broome.

NOTA 3: (Sebahagian?) kawasan ladang Bukit Tunggu(l) ini kemudiannya diusahakan oleh sekelompok masyarakat Temuan, sejak mereka dipindahkan ke situ dari tapak UKM sekarang pada tahun 1974. Namun pada tahun 1994, ia telah diambilalih oleh pihak lain untuk dijadikan padang golf. (Zawawi Ibrahim, 2016: |"Anthropologizing Human Insecurities: Narrating the Subjugated Discourse of Indigenes on the Deterritorialized Landscapes of the Malaysian Nation-State", m.s.38). Nama kawasan tersebut juga telah diubah kepada Bukit Unggul Golf Country Resort (BUGCR).

1917-06-15: Kes Bunuh

Perkembangan suatu Kes Pembunuhan di Bangi: Tuduhan bunuh telah digugurkan.

1917-08-30: Stesen Keretapi Bangi

Tarikh Butiran Keratan
Untitled 1917.08.30 "Untitled". The Straits Times, 30 August 1917, Page 6

Laporan petisyen penduduk dan peniaga di Bangi, memohon agar keretapi jam 9.30 pagi berhenti di stesen keretapi Bangi.

NOTA 1: “Stesen Keretapi Bangi dibina pada tahun sekitar 1902 -1905 . Stesen ini dibina untuk memudahkan pengangkutan hasil getah dan bijih timah di kawasan ini. Stesen Baru pula dibina pada 1994 terletak 100 meter dari stesen lama. Kesan stesen lama boleh lagi dilihat sehingga kini yang terletak bersebelahan restoran Cina jalan menghala ke Sekolah Bangi. Laluan rel kereta Kajang - Bangi mula dibina pada 14 jun 1902 dan laluan Bangi - Batang Benar pula mula dibina pada 1 Feb 1903.” (Faizal Hj Zainal, 2008: "SEJARAH BANGI - Sejarah Awal Bangi")
Stesen keretapi Bangi (Lama)
Sumber gambar: Kelab Peminat Sejarah & Gambar Lama II, 2017

NOTA 2: “Pekan Bangi dibuka pada tahun 1906 menawarkan 18 deretan kedai Melayu menjual songkok dan capal, candu, timah, getah, kedai kopi dan sebagainya. Pernah terbakar namun dibangunkan semula kerajaan Inggeris dan kontraktor Cina pada tahun 1926.” (Bennie Zie Fauzi @ Berita Harian, 2015: "Bangi tempat putera terbuang")
Sebahagian dari bangunan kedai yang paling awal dan masih lagi ada sehingga kini di pekan Bangi lama. - Foto Kamarulzaman Ariffin
“Sebahagian dari bangunan kedai yang paling awal dan masih lagi ada sehingga kini di pekan Bangi lama.” - Foto Kamarulzaman Ariffin @ Berita Harian, 2015: "Bangi tempat putera terbuang"

1919-04-10: Banjir di Selangor

Banjir di Selangor:-

  1. Landasan keretapi di antara Batang Benar dan Bangi ditenggelami air.
  2. Jalan raya Bangi-Salak turut ditenggelami air.
    Landasan keretapi Batang Benar-Bangi Kemungkinan perjalanan Bangi-Salak secara kasar

Pengakuan penting: Kami bukan ahli sejarah! Sila klik di sini untuk penjelasan lanjut.