User Tools

Site Tools


sejarahbangi-1930-1939

This is an old revision of the document!


Kronologi Peristiwa Berkaitan Bangi: 1930-1939

1930-01-21: Tapak Penyelidikan Ladang Prang Besar

Ladang Prang Besar memohon sebidang tanah di dalam Hutan Simpan Bangi untuk tujuan penyelidikan tanaman getah.

CATATAN: Permohonan ini diluluskan, namun penyelidikan di situ tidak dapat bertahan lama akibat gangguan haiwan liar Hutan Simpan Bangi: “As far back as 1924, Gough established two seed gardens, each protected against pollinating agents from outside by some 25 chains of jungle. His diary recorded his objective: “To discover three types of improved breeding value”. These gardens situated in the Bangi jungle had to be abandoned because of attack by monkeys and other predators. Later seed gardens were successfully established within coconut plantations located on the Bagan Datoh peninsula in Lower Perak. Seedlings from the Prang Besar Isolation Garden (PBIG) and Prang Besar Gough Garden (PBIG-GG) have been widely planted in Malaysia and overseas.” (VD Nair, 1990-an: |"The Story of Prang Besar Estate").

Ladang Prang Besar, 1929
Ladang Prang Besar, ditandakan merah (Edward Stanford @ F.M.S. Survey Department, 1929: |"1929 F.M.S. Wall Map of Selangor (Kuala Lumpur)").
Kawasan Ladang Prang Besar kini
Kawasan Ladang Prang Besar (kini Putrajaya), di sebelah kiri. Hutan Simpan Bangi (kini UKM), di sebelah kanan (Mapcarta).

LATAR PERISTIWA: Sejarah Ladang Prang Besar: Ladang Prang Besar dibuka pada 16 Ogos 1921: “On 16 August 1921, 900 acres of jungle land was granted to nine officers returned from the Great War as the First World War (1914-1918) was known at the time. During the next three years, this acreage was increased to 2026 acres as other officers who had served in the war took up grants of adjacent land given by the Government. It was the policy of the Government of the day to alienate land to serving British officers to encourage rubber cultivation. The original nine officers formed a private company to develop the block of virgin jungle selected by Gough. They named the company Prang Besar Estate Ltd. in commemoration of the Great War, “the war to end all wars”, in which they had fought. The seal or chop adopted by Prang Besar Estate showed a young rubber tree rising out of a shell explosion and was designed by one of the nine, Lt. Commander JC Amcotts, DSC, RN. Another pioneer was Commander GHA Willis, CB, RN, who had a field Ladang Willis named after him. ETH Gough remained a Director of Prang Besar Estate Ltd until his death in 1952.” (VD Nair (Pengurus estet Prang Besar tahun 1950-an), 1990-an: |"The Story of Prang Besar Estate").

LATAR PERISTIWA: Hutan Simpan Bangi.

1931-03-16: Cikgu Husin Paduka

Seorang pembantu guru kelas IIIA Sekolah Melayu Bangi, Cikgu Husin bin Paduka, telah meletakkan jawatannya.

CATATAN: Kemungkinan beliau kemudiannya menjadi guru besar pertama di Sekolah Melayu Semangar, Kota Tinggi, Johor pada tahun 1935: “Sepanjang usia sekolah ini, seramai 10 orang guru besar telah menabur khidmat bakti dan jasa yang tidak ternilai harganya. Antara guru besar – guru besar yang telah mentadbir sekolah ini adalah : 1. En. Husin bin Paduka (1935 – 1937)” (SK Semangar Kota Tinggi, 2019: |"BUKU PANDUAN PENGURUSAN: TAHUN 2020").

1931-06-23: Cadangan Lapangan Terbang

Surat pembaca(?) yang mengkritik kaedah pemilihan dan keputusan lokasi pembinaan lapangan terbang komersil yang bakal dibina, yang telah dibuat tanpa melibatkan pentadbiran tempatan. Beliau berharap agar lapangan terbang tersebut tidak akan dibina di tempat terpencil seperti Bangi, Sepang, atau Grik.

1932-07-09: Ahli Bomba Terkorban

Seorang ahli bomba meninggal dunia ketika sedang bertugas di atas keretapi KL-Gemas, akibat terhantuk kepala pada tiang sebuah jambatan di antara Bangi dan Batang Benar: “An accident which ended fatally took place on the 7.40 a.m. train from Kuala Lumpur to Gemas on Thursday when a Tamil fireman named Kunchi is stated to have struck his head against an abutment when the train was passing a bridge near Bangi. The unfortunate man dropped down between the telegraph poles between Bangi and Batang Benar stations and died a few hours later in the Seremban Hospital, death being due to a fracture of the skull.”

CATATAN: Kejadian yang hampir sama berlaku pada tahun 1961, melibatkan seorang pelajar sekolah.

LATAR PERISTIWA: Landasan Keretapi Rekoh-Bangi.

1933-01-16: Tanah di Bangi

1933-04-06: Jalan Raya Banjir

Antara lain melaporkan sebahagian jalan raya Bangi-Telok Datok dan Kajang-Reko ditenggelami banjir.
Jalan Bangi-Telok DatokJalan Kajang-Reko
Kiri: Jalan Bangi-Telok Datok
Kanan: Jalan Kajang-Reko
(Berdasarkan peta Edward Stanford @ F.M.S. Survey Department, 1929: |"1929 F.M.S. Wall Map of Selangor (Kuala Lumpur)").

LATAR PERISTIWA: Banjir Sekitar Bangi.

1933-06-16: Isu Peladang

Cadangan penanaman pokok jarak sebagai tanaman selingan, setelah percubaan awal penanaman jarak secara tunggal di Bangi gagal akibat serangan serangga perosak.

1934-10-26: Kes Bunuh di Dengkil

Suatu kes pembunuhan di Dengkil (berdekatan Bangi), melibatkan bekas isteri dan anak mangsa.

1935-06-21: Selenggaraan Jalan

Tarikh Butiran Keratan
ROAD REPORTS 1935.06.21 "ROAD REPORTS". Malaya Tribune, 21 June 1935, Page 19

Laporan selenggaraan jalan raya, antaranya Jalan Bangi-Salak dan Jalan Bangi-Telok Datok.

LATAR PERISTIWA: Jalan Reko-Sepang.

1936-11-14: Peruntukan bagi Sekolah Bangi

Peruntukan belanjawan negeri Selangor, antaranya bagi Sekolah Melayu Bangi (kini Sekolah Kebangsaan Bangi (SK Bangi)): ““There is an extra provision for Malay Vernacular Education, both for trained teachers and for new school buildings are Kampong Bahru, Kuala Lumpur, at Sungei Tuah, Ulu Klang, and Bangi; also for a hostel at the High School, Klang, and for extensions to existing schools.” said Mr. Sleep.”

LATAR PERISTIWA: Perihal Sekolah Melayu / Kebangsaan Bangi: 1937: Bangunan Tambahan.

1937-01-29: Insiden di Belmont Estate

Tahun 1937 menyaksikan peningkatan dalam kes mogok dan aksi pekerja yang lain, dalam menuntut hak-hak mereka. Ladang-ladang di sekitar Bangi tidak terkecuali. Belmont Estate terletak di sebelah barat West Country Estate, kini Bandar Baru Bangi. Pada tarikh tersebut, 100 orang pekerja ladang telah bertindak menyerang pembantu pengurus ladang, dikatakan setelah mereka dihukum kerana bermula kerja lewat:-

  • “In 1937, a major strike in the Sungei Palu estate, Cameron Highlands, Pahang, turned violent and labourers' housing was burned. In the same year, about 100 labourers were involved in an assault against the Assistant Manager of the Belmont estate, Selangor. Apparently, the assault occurred after the labourers were punished for being late for muster [Labour Department Reports, 1936, 1937]” (P. Ramasamy, 1992: |"Labour Control and Labour Resistance in the Plantations of Colonial Malaya" (PDF), m.s.103).

LATAR PERISTIWA: Belmont Estate.

LATAR PERISTIWA: Mogok Pekerja Ladang (1937).

1937-03-12: Mogok Pekerja Ladang

Mogok pekerja estet sekitar Kuala Lumpur dan Ulu Langat, termasuk Bangi: Kira-kira 200 orang pekerja (kebanyakannya pekerja wanita berbangsa Cina) telah berhimpun di Estet Wardieburn, Kuala Lumpur, bagi menyatakan tuntutan kolektif mereka. 5 buah lori polis dikerah bagi meleraikannya. Pada asalnya, 60 orang pekerja estet telah mogok dan menyatakan 18 tuntutan, yang tampaknya tidak dilayan, lalu mencetus perhimpunan ini. Pihak majikan mendakwa mereka telah dihasut oleh pihak luar: “There is general unrest on the rubber estates in Selangor and over 1,000 coolies, all Chinese, are striking on nine estates around Kuala Lumpur and Kajang - on the Bangi, Connemara, Sungei Rinching, Prang Besar, Sydney, Bukit Tunggu, Balau, Hawthornden and Wardieburn estates. The only serious trouble has occurred on Wardieburn Estate. The first signs were seen early this week when factory coolies marched around the Wardieburn Estate with a red flag. This morning they refused to work, and negotiations between the manager and the strikers were going on, 200 women and girl coolies armed themselves with bottles and started making threats. … A late message from our representative states that things quietened down in the evening and an agreement has been made between the strikers and the management to discuss terms this morning. There are good grounds for believing Communist agitators are at work behind these strikes.”

Bagi mogok di estet Sungei Rinching, Prang Besar, Connemara, Bangi, Bukit Tunggu(l), Sydney, Balau, dan Hawthornden, tuntutan mereka dapat diselesaikan lebih awal: “Other estates on which strikes among the workers are reported are Sungei Rinching, Prang Besar, Connemara, Bangi, Bukit Tunggu, Sydney, Balau and Hawthornden estates. In these cases, it is understood, the demands of the men have been very reasonable and an early settlement is expected. To accelerate this, a meeting of the managers of the affected estates was held last night to consider the requests put forward by representatives of the strikers. No disturbances have been reported in these cases.”

LATAR PERISTIWA: Mogok Pekerja Ladang (1937).

1939-05-08: Juruterbang Hilang

Pencarian Juruterbang hilang: |Mr E. Littleton Hay (36 thn), pengarah Park and Francis, Ltd. (sebuah syarikat kejuruteraan perlombongan di Kuala Lumpur). Beliau mengemudi pesawat |Tiger Moth VR-RAN milik Kelab Penerbangan Kuala Lumpur, dari KL menuju Kajang dan Bangi, bagi meninjau kawasan perlombongan. Kali terakhir dilihat di sekitar Kajang, menuju Semenyih. Turut dilihat di estet Prang Besar dan Ampar Tenang, juga di sekitar Mantin dan Sepang, menuju Seremban. Keesokan harinya, laporan dari sempadan Pahang dan Bahau mengatakan pesawat tersebut ada dilihat di sana, mungkin ditiup angin ribut kencang, lalu terhempas di sekitarnya.

LATAR PERISTIWA: Kapal Terbang Terhempas (1939)

1939-08-03: Cadangan Awal KWSP Ladang

Surat pembaca, dari S. Arumugam (Estet Bangi). Kemungkinan antara perbincangan awal mengenai kumpulan wang simpanan pekerja estet, hampir sedasawarsa sebelum penubuhan The Malaysian Estates Staff Provident Fund pada tahun 1947. Antara penyokongnya ialah Mr. F.J. Pratt, pengurus Broome Estate di Bangi.

CATATAN: Pada tahun 1940, Mr. F.J. Pratt mengelola peperiksaan Bahasa Tamil yang pertama selepas diambil alih oleh Incorporated Society of Planters (I.S.P.). Beliau kemudiannya dilantik menjadi ahli Majlis Negeri Selangor.

LATAR PERISTIWA: Frederic James (F.J.) Pratt.

LATAR PERISTIWA: Broome Estate.

Pengakuan penting: Kami bukan ahli sejarah! Sila klik di sini untuk penjelasan lanjut.

sejarahbangi-1930-1939.1646279124.txt.gz · Last modified: 2022/03/03 11:45 by sazli