User Tools

Site Tools


arul

Arul PSM @ Kajang

Pengalaman di Kajang

Antara pengalaman beliau di Kajang khususnya:-

2008-2013: Ahli Majlis Kajang

mengangkat sumpah sebagai Ahli Majlis Kajang di Bangunan MPKj yang baru
“Pada 8 Julai 2008, saya telah mengambil sumpah sebagai Ahli Majlis Kajang di Bangunan MPKj yang baru. … Taklimat untuk hari Majlis adalah pada 22hb. Julai 2008 manakala Mesyuarat Ahli Majlis pertama adalah pada 30hb. Julai 2008.” (PSM Semenyih, July 16, 2008: |"Angkat sumpah and attire pakaian").


“Apabila Saudara Arutchelvan dilantik sebagai ahli Majlis Zon 18 di Semenyih (sejak 2008), satu pejabat di buka dipekan Semenyih. Ia dibuka setiap hari untuk memberi khidmat kepada penduduk dari kawasan Taman Sri Tanjung, Kg. Broga, Bdr. Rinching Seksy 1-5, Taman Pelangi, Taman Tasek Semenyih dan Taman Manikavasagam tetapi tindakan-tindakan juga diambil jika aduan diterima dari penduduk Zon lain. Saudara Arutchelvan, seorang aktivis percaya ‘empowerment’ atau proses memperkasakan rakyat itu amat penting kerana ahli-ahli politik BN sudah membiasakan rakyat dengan budaya ‘handouts’, budaya mengagung-agungkan pemimpin, budaya mengharapkan orang dan budaya perkauman. Maka, dalam kerja-kerja di kawasannya, beliau telah menekankan demokrasi dari bawah. Majlis Perundingan Rakyat @ MPR dan Mesyuarat Perwakilan Penduduk @ MPP adalah satu pencapaian penting dalam masa 5 tahun ini. Di semua kawasan baru yang dimasuki oleh team Saudara Arul, MPR di uruskan di mana penduduk setempat hadir dan mengutarakan isu-isu di kawasan masing-masing. Tindakan lanjutan kepada aduan-aduan yang di bawa akan dibincang dalam MPP yang di adakan setiap bulan dan di hadiri oleh setiap wakil penduduk Taman/Pangsapuri Kos Rendah/Kampung/Ladang.” (Letchimi Devi @ News Desk PSM Semenyih, 26 Feb 2013: |"REPOT KAD ARUTCHELVAN, CALON PSM DI SEMENYIH, DI BAWAH LOGO PSM").

Antara peranan beliau ketika menyandang jawatan Ahli Majlis Kajang 2008-2013:-

Pengerusi Majlis Perundingan Penduduk (MPP), Zon 18


“Saudara Arul yang merupakan pengerusi bagi Majlis Perundingan Penduduk (MPP), Zon 18 telah memanggil mesyuarat bersama wakil-wakil MPP ke pejabat Zon beliau. Wakil-wakil zon 18 yang turut hadir ke mesyuarat adalah dari Taman Pelangi Semenyih, Taman Manickavasagam, Taman Sri Tanjung, Taman Tasek Semenyih, Bandar Rinching Seksyen 1-6, Broga/Tarun dan kampung Sentosa. Selalunya sebulan sekali mesyuarat MPP ini diadakan untuk menenalpasti aduan penduduk dan Saudara arul yang merupakan Ahli Majlis Kajang akan membawa semua aduan ke peringkat MPKj dan tindakan susulan.” (PSM Semenyih, 20 Mac 2013: |"Mesyuarat Majlis Perundingan Penduduk (Zon 18)").

Pemantauan Perkhidmatan


“Penduduk diperkasakan dengan Banner Pemantauan yang memberi maklumat tentang MPKj, kontraktor dan ahli majlis” (Letchimi Devi @ News Desk PSM Semenyih, 26 Feb 2013: |"REPOT KAD ARUTCHELVAN, CALON PSM DI SEMENYIH, DI BAWAH LOGO PSM").

2010-10-10: Forum Pangsapuri DUN Semenyih


“Pejabat Ahli Majlis dengan sokongan PSM Semenyih telah mengadakan FORUM MASALAH DAN PENYELESAIAN FLATS KOS RENDAH DUN SEMENYIH. Sebanyak 17 pangsapuri di Kawasan Semenyih mengambil bahagian dalam program yang diadakan di Komplek Penghulu. Untuk sekian lama, masalah pengurusan, penyelenggaran, kebajikan, kesihatan Pangsapuri kos rendah menjadi satu isu serius yang susah untuk ditangani. Isu ini memerlukan komitmen pelbagai pihak termasuk juga pandangan Penghuni dan pemimpin JMC di flat-flat ini. Objektif forum ini adalah mempertengahkan isu dan masalah yang dihadapi oleh penduduk flats kos rendah serta cadangan penyelesainnya. Hasil perbincangan forum ini akan dibawa kepada perhatian MPKj dan juga kepada kerajaan Negeri Selangor untuk tindakan seterusnya.” (PSM Semenyih, 19 Oktober 2010: |"10-10-10 Forum Flat Kos rendah - Semenyih merintis perdebatan mengenai perumahan flat").

2012-10-20: Bantuan Masalah KP dan Surat Beranak


“Hari ini Pejabat Ahli Majlis zon 18, PSM Semenyih dan Task Force dibawah Jabatan Perdana Menteri cuba membantu masyarakat yang menghadapi masalah kad pengenalan merah, masalah sijil beranak dan IC. Lebih kurang 20 orang datang untuk mencari penyelesaian. Dato Siva Subramaniam puas hati dengan kehadiran dan berkata untuk satu pekan kecil seperti Semenyih, kehadiran 20 warga Semenyih adalah mengalakkan. Dato Siva Subramaniam melayani setiap kes dan berjanji akan membuat followup kes-kes dan juga PSM Semenyih dan Pejabat Ahli Majlis akan membuat followup.” (PSM Semenyih, 20 Oktober 2012: |"bantuan terus isu berkenaan kad pengenalan merah, IC dan surat beranak").

2013-02-24: MPR Seri Rinching


“Hari ini, Majlis Perundingan Rakyat (MPR) telah diadakan di pangsapuri kos rendah Seri Rinching, Flat ini terletak di Bandar Rinching Seksyen 5. Seramai lebih kurang 50 penghuni telah hadir ke perjumpaan ini. En. Azman, selaku pengerusi JMB di flat ini telah membantu kami untuk perjumpaan ini. Beliau juga telah mengucapkan terima kasih kepada Sdr. Arul kerana sudi hadir ke flat mereka untuk mendengar masalah para penduduk.” (PSM Semenyih, 24 Februari 2013: |"Majlis Perundingan Rakyat di Flat Seri Rinching").

2013-03-17: Bantuan Guaman Percuma


“Hari ini, peguam terhandal dan bekas presiden Bar Council telah hadir ke pejabat Ahli Majlis Sdr. Arul untuk memberikan bantuan Guaman Percuma kepada penduduk Semenyih. Antara kes yang diterima adalah kes tanah, kes rumah, kes cerai, kemalangan, kes buruh dan sebagainya. Sdr. Ragu (Ragunath Kesavan) telah memberikan nasihat-nasihat kepada pengadu-pengadu ini secara individu. Kami berharap nasihat-nasihat yang diberikan akan membantu mereka.” (PSM Semenyih, March 17 2013: |"Bantuan Guaman Percuma oleh Sdr. Ragunath Kesavan").

Kegiatan Aktivisme

Antara kegiatan-kegiatan aktivisme beliau:-

I. Kes-Kes Sekitar Bangi-Kajang-Semenyih

1987: Permulaan Penglibatan


Arul telah melibatkan diri dalam aktivisme sekitar Bangi-Kajang-Semenyih sejak zaman mahasiswa beliau di UKM pada tahun 1987 lagi. Beliau pernah menerbitkan sebuah buku yang mengisahkan pengalaman beliau ketika itu pada tahun 2007 (S. Arutchelvan, 2007: |"Dari Kuliah ke Jalan Raya: Kisah Sekumpulan Pelajar UKM").

Antara kes-kes tuntutan hak warga di sekitar Bangi-Kajang-Semenyih yang telah diperjuangkan atau disokong oleh beliau sehingga kini:-

Ladang Semenyih

“Pada 28 Februari lalu, 21 orang bekas pekerja ladang yang mewakili 17 keluarga dari Ladang Semenyih telah menandatangani satu perjanjian penyelesaian dengan Sime Darby Properties & Plantations di Saujana Impian Gold and Country Resort di Kajang. Setelah satu rundingan yang lama dan tegang, akhirnya kedua-dua pihak bersetuju untuk satu penyelesaian di mana mengikut perjanjian ini, setiap keluarga bekas pekerja ladang akan diberi Rumah Teres Kos Rendah 1½ tingkat bersaiz 18’ x 55’ kaki persegi (990 kaki persegi). … Kini, 23 orang bekas pekerja ladang bergembira kerana akhirnya menandatangani perjanjian penyelesaian. Ini adalah ganjaran baik yang diperolehi untuk 17 keluarga yang enggan meninggalkan tanah ladang apabila mereka diberhentikan dan diberikan notis pengusiran pada 1 April 2004.” (Arul @ FB Sosialis, 30 Mac 2017: "Kemelut 13 tahun akhirnya selesai").


“Pada 15 April 2008, Jawatankuasa Ladang Jawatankuasa Perumahan Ladang-Ladang Semenyih telah mengadakan satu perjumpaan dengan Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan Dan Kerajaan Prihatin Negeri Selangor Dr. Xavier. Bekas pekerja dari 5 buah ladang iaitu Ladang Semenyih, Ladang Bangi, Ladang Denudin, Ladang Abaco dan Ladang Glengowrie telah mengutarakan masalah perumahan mereka. Hasil perjumpaan tersebut, Dr. Xavier telah dijemput untuk melawat ladang-ladang ini supaya beliau dapat melihat sendiri keadaan di ladang dan berjumpa dengan penduduk di situ. Jadi pada hari ini Dr. Xavier telah melawat 3 buah ladang: Ladang Semenyih, Ladang Abaco dan Ladang Glengowrie. Turut hadir pada hari ini adalah Sdr. Arul dan ahli-ahli PSM Cawangan Semenyih. Rombongan ini juga disertai oleh Jabatan Buruh, Pejabat Tanah Daerah dan Jabatan Infrastruktur dan Pembangunan.” (PSM Semenyih, April 25, 2008: |"EXCO Dr. Xavier Melawat Ladang di Semenyih").

Ladang Sungai Rinching


“The story of Sg. Rinching estate located between Semenyih and Beranang, can be an inspiring story and can be a frustrating one. Inspiring because it took 15 years to resolve a housing issues of ex-plantation workers defeating a Big Corporate giant with connections. Frustrating because of the internal splits and lackluster periods which at times were long and agonizing. The estate at one point had 105 workers or 61 families. Upon facing evictions, 39 families stood firm and resisted eviction and finally when the victory celebration was done today (21 March 2010), what is left is ten workers from eight families.” (S.Arutchelvan, 21-3-2010: |"Sg Rinching Struggle – 1994-2009").

Ladang Bangi


“Satu mesyuarat telah diadakan bersama penduduk ladang Bangi. Mesyuarat ini diadakan berikutan surat lawyer yang diterima penduduk. Apa yang meragukan penduduk adalah, pihak lawyer tidak mengatakan mereka menghantar bagi pihak siapa. Menurut surat ini, satu mesyuarat akan diadakan pada 24 Mei untuk membincangkan isu perumahan para penduduk dan jika tiada kata sepakat dipersetujui maka legal action akan diambil.” (PSM Semenyih, 22 Mei 2012: |"Mesyuarat Bersama Penduduk Ldg Bangi").


“Hari ini Pemaju Transloyal denagana bantuan puluhan gangster upahan ceroboh masuk ke ladang bangi dengan niat untuk merobohkan rumah pekerja-pekerja ladang yang kosong. Mereka juga memecahkan bumbung asbestos yang boleh mengakibatkan kanser. Pada awalanya polis hanya memerhatikan sahaja. Para Penduduk terutamanya kaum wanita kemudian bertengkar dan menghentikan perobohan ini. Polis kemudian dapat mengawal keadaan ini. Ahli Majlis MPKJ Sdr Arul, Mazwan dan Narayanan aajuga hadir untuk memberhentikan operasia yang tidaka mempuanyai kebenaran MPKJ. Pesuruhjaya SUHAKAM M.Sani juga datang dan menegur pihak polis kerana tidak memberikan perlindungan yang secukupnya kepada Penduduk.” (PSM Semenyih, August 15, 2012: |"Pemaju bersama gangsters ceroboh masuk Ladang Bangi").


“Jawatankuasa Bertindak Bekas Pekerja Ladang Bangi telah menganjurkan satu majlis sambutan kemenangan perjuangan perumahan pada 27 Ogos lalu di Ladang Bangi, Selangor. 24 keluarga bekas pekerja Ladang Bangi telah mendapat rumah percuma hasil daripada perjuangan selama 17 tahun. Ini adalah satu kejayaan yang signifikan setelah 4 generasi pekerja ladang membanting tulang, dan akhirnya mendapat satu rumah. Tetamu khas yang hadir dalam majlis ini adalah Ambiga Sreenivasan, peguam terkenal yang pernah memimpin Gabungan BERSIH 2.0. Turut hadir termasuklah S. Arutchelvan (AJK Pusat PSM yang juga merupakan penasihat Jawatankuasa Bertindak Bekas Pekerja Ladang Bangi yang bersama dalam perjuangan ini sejak ia bermula), A. Sivarajan (Setiausaha Agung PSM) dan M. Sarasvathy (Timbalan Pengerusi PSM).” (Gambar: Zainulfaqar Yaacob, 14 July 2018: |"Kenapa SUARAM beri anugerah hak asasi manusia kepada Arul?"; Petikan: Sosialis, Sep-Okt 2017, m.s.5: |"Majlis sambutan kemenangan perjuangan bekas pekerja Ladang Bangi").

Ladang Dunedin


“Hari ini, jam 5 petang, satu perjumpaan khas telah diadakan bersama para penduduk ladang Denudin di pejabat Penghulu, Semenyih. Sdr. Arul telah mempengerusikan mesyuarat ini. Isu utama yang dibincangkan adalah mengenai isu perumahan ladang Denudin. Pihak majikan ladang iaitu Inch Kenneth telah menjual ladang ini kepada pihak UEM yang akan memajukan ladang ini. Namun, isu perumahan ladang ini masih belum diselesaikan.” (PSM Semenyih, 5 Ogos 2012: |"Isu Perumahan Ladang Denudin").

Mangsa Jalan Berlubang


“In the early morning before dawn on Oct 29, 2014, at 6am, a security guard, still working at the age of 63, met with a serious accident. Nadarajan was riding a motorbike and because of a pothole, which he could not see in the dark, he fell and was taken to the Kajang Hospital in an unconscious state. … After he survived the accident and recovered, Nadarajan lodged a police report on Nov 26, 2014. He also lost his job because, after the accident, his employer was not interested in him. So he went and made an application to the Social Security Organisation (Socso) on Dec 8, 2014.” (S Arutchelvan, Dec 29 2020: |"What a pothole did to a security guard").

Kampung Manickam, Bangi Lama


“Parti Sosialis Malaysia (PSM) secretary-general S. Arutchelvan speaks during a press conference on Kg Manickam Bangi Lama shops destroyed in Bangi Old Town, April 7, 2021. — Picture by Shafwan Zaidon … The stalls and shops, located at Kampung Manickam Bangi Lama, were closed down by order of the Kajang Municipal Council (MPKj) at the start of the year, leaving many of the traders without a source of income. According to the traders, the reason was never made clear. At a news conference today, the traders said they have been going to different authorities one after the other — the MPKj, the Hulu Langat District Land Office, as well as their local assemblyman and MP — for help to reopen their businesses.” (Jerry Choong @ Malay Mail, 7 April 2021: |"Small-time traders in Kajang see red over abrupt demolition of shops, demand answers from Selangor").

II. Kes-Kes di Tempat Lain

Antara kes-kes tuntutan hak warga di tempat lain yang telah diperjuangkan oleh beliau:-

2006-11-17: Kampung Berembang, Ampang


“S. Arutchelvan ditahan polis semasa mempertahankan rumah penduduk Kampung Berembang di Ampang, Selangor, daripada dirobohkan pada 17 November 2006. (perjuangan penduduk Kampung Berembang untuk melawan pengusiran paksa)” (Choo Chon Kai, APRIL 28, 2023: |"PSM 25 tahun: Satu sejarah ringkas").

2013-09-25: Kampung Hakka, Negeri Sembilan


“On 26 August 2013, the villagers lost their case in the Seremban High Court. The decision was made in chambers while the villagers waited in the open court. The court only saw who had the land title and it was decided that the villagers must give vacant possession to Mega 9. Mega 9 took an Order 89 application and was successful. This is unbelievable. In normal circumstances, the court should reject the Order 89 application and order for a full trial since Order 89 is a summary proceeding which is normally done in clear cut trespassing issues. Here a trial is warranted as there is a long history of the villagers’ existence. This not a simple case of someone trespassing or not paying a rent. The High Court narrowly interpreted the issue. This is an issue of equitable rights, this is an issue of rights to shelter and this is an issue of rights to livelihood as enshrined in the Federal Constitution Article 5. But the court seems to have chosen just to see who has the land title and gave the death sentence to the villagers. The lawyers for the villagers applied for a stay of execution and obtained a court date to hear the stay on 17th. October 2013. However on 25th September, Mega 9 developer served notices to the houses giving them 7 days to vacate the land. But in less than 5 days, they came with the full might of the police force, TNB and court bailiffs to evict the people. Why the hurry, when there is a court date pending on the 17th? Why the hurry when there is an appeal? Why couldn’t the bailiff just wait for 30 minutes extra to allow the villagers lawyers to be present when their lawyer, a State Assemblyman was in the Dewan Negeri and said that he will be there by 11.30am. In spite of all that, the bailiff citing higher orders carried on with the eviction. The police used excessive force to arrest, injure and humiliate those who were protecting the houses. 13 people were arrested and 3 houses were demolished. The demolition machine engine only stopped when the villagers lawyers finally came 15 minutes later. Later an interim stay was granted till the 17th. October 2013. I greeted this news with a huge applause with the other detained along me at the Mantin police lock-up. At least, the entire village was not in ruins.” (Arutchelvan, October 3 2013: |"Kampong Hakka – when 100 years existence is not a matter- Arutchelvan").

2021-04-07: Bantahan Lelongan Rumah


“Sementara itu, timbalan presiden Parti Sosialis Malaysia (PSM) S Arutchelvan yang turut hadir berkata sejak 2001 sehingga Mac 2020, Letchumy membayar ansuran bulanan secara auto debit dan tiada tunggakan. Bagaimanapun, katanya, pada Julai 2018, bank menaikkan bayaran bulanannya tanpa memaklumkan kepada Letchumy. “Ini menyebabkan sejak Julai 2018 hingga Mac 2020 tunggakan bulanan menjadi tiga bulan RM975 sedangkan pemiliknya membuat bayaran bulanan RM268 seperti biasa. “Lebih mengejutkan, pihak bank tidak memberitahu pemilik rumahnya mengenai tunggakan sebaliknya lelong rumah ketika tempoh moratorium,” kata Arul. Tambahnya, pemilik rumah hanya mendapati rumahnya dijual selepas melihat notis oleh pemilik baru yang ditampal di pintu rumahnya pada Oktober 2020. “Mereka adalah keluarga B40, telah membayar pinjaman selama 17 tahun dan hanya perlu membayar untuk tempoh tiga tahun sahaja. “Kini rumahnya telah dilelong hanya kerana tunggakan RM975 yang jelas bukan kesalahan mereka,” katanya. Arul juga memberitahu bahawa pihak bank hari ini cuba menghubungi keluarganya untuk berunding tetapi “tiada hitam putih”.” (B Nantha Kumar @ Malaysiakini, Apr 7 2021: |"Warga emas dakwa rumah dilelong kerana tunggakan RM975").

III. Kegiatan di Peringkat Nasional

Antara aksi kegiatan beliau di peringkat nasional:-

1995-04-01: Tuntutan Jawatankuasa Sokongan Masyarakat Ladang (JSML)


“Aksi penyerahan kad tuntutan kepada Pejabat Perdana Menteri untuk merangkumkan masyarakat ladang ke dalam Rancangan Pembangunan Luar Bandar yang diadakan pada 1 April 1995. Jawatakuasa Sokongan Masyarakat Ladang (JSML) dan Jawatankuasa Sokongan Peneroka Bandar (JSPB) melancarkan tuntutan rakyat marhaen bersempena PRU-9 pada masa itu. … JSML telah memainkan peranan penting dalam menggerakkan pelbagai kempen masyarakat ladang, seperti menuntut gaji bulanan untuk pekerja ladang dan sebagainya. JSML melancarkan satu kempen nasional pada tahun 1992 untuk menuntut supaya merangkumkan masyarakat ladang ke dalam rancangan pembangunan luar bandar. Terdapat juga banyak perjuangan di kawasan masyarakat ladang yang menentang pengusiran paksa pada tahun 1990-an dan awal 2000-an, seperti yang pernah berlaku di Ladang Stratshila, Ladang Klebang, Ladang Sungai Rasah dan sebagainya. Aktivis-aktivis dan pekerja-pekerja ladang yang terlibat dalam perjuangan ini kemudiannya menjadi sebahagian daripada tulang belakang organisasi PSM.” (Choo Chon Kai, APRIL 28, 2023: |"PSM 25 tahun: Satu sejarah ringkas").

1999-08-05: Tuntutan Pendaftaran PSM


“Membuat aduan di Biro Pengaduan Awam pada 5 Ogos 1999 mengenai tindakan Kementerian Dalam Negeri yang melambat-lambatkan pendaftaran PSM. … Pada 30 April 1998, sehari sebelum Hari Pekerja Sedunia, permohonan untuk pendaftaran PSM dikemukakan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS). Dr. Nasir, Arutchelvan dan Selvam telah hadir ke pejabat ROS untuk menyerahkan borang permohonan. … Pada 4 Februari 1999, PSM menerima sepucuk surat bertarikh 27 Januari 1999 daripada ROS yang mengatakan bahawa permohonan PSM untuk didaftarkan telah ditolak tetapi tidak diberikan apa-apa sebab. … Pada 23 Februari 1999, PSM mengemukakan rayuan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) seperti yang diperuntukkan di bawah Seksyen 18 Akta Pertubuhan 1966. Setelah beberapa surat yang dihantar kepada KDN, malah aduan juga dibuat kepada Biro Pengaduan Awam, pada 23 September 1999, PSM menerima surat bertarikh 15 September 1999 yang ditandatangani oleh Ketua Setiausaha KDN yang mengatakan bahawa rayuan telah ditolak dan keputusan tersebut adalah muktamad, tetapi sekali lagi tidak memberikan sebab penolakan pendaftaran PSM. Pada 26 Oktober 1999, PSM mencipta sejarah dengan menjadi parti politik pertama di Malaysia yang mencabar keputusan Menteri Dalam Negeri yang menafikan pendaftaran sebuah parti politik. PSM memfailkan kes saman terhadap Kerajaan Malaysia di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.” (Choo Chon Kai, APRIL 28, 2023: |"PSM 25 tahun: Satu sejarah ringkas").

2011: Gerakan Mansuhkan ISA


“Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) dan Civil Rights Committee, KL & Selangor Chinese Assembly Hall (CRC) dan Strategic Information and Research Development Centre (SIRD) hari ini melancarkan buku yang ditulis Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor (Adun) Hulu Kelang, Saari Sungib, bertajuk Sengsara Kem Kamunting: Kisah Hidup dalam Penjara ISA. Pelancaran buku tersebut telah diadakan di Dewan Seminar Tingkat 2, KL & Selangor Chinese Assembly Hall. Di samping pelancaran buku, turut diadakan diskusi yang bertajuk ‘Siapa di belakang ISA? yang dibarisi Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM), S. Arutchelvan dan aktivis sosial, seni dan penulis yang juga merupakan bekas tahanan ISA, Hishamuddin Rais.” (PSM Semenyih, May 10 2011: |"3-5-2011 Sengsara Kem Kamunting dan siapa dibelakang ISA").

2012-04-28: Demonstrasi BERSIH 3.0


“PSM mengambil bahagian dalam menganjurkan aksi perhimpunan BERSIH 3.0 pada 28 April 2012 di Kuala Lumpur.” (Choo Chon Kai, APRIL 28, 2023: |"PSM 25 tahun: Satu sejarah ringkas").

2014-12-18: Memorandum Hari Migran Antarabangsa


“Penyerahan memorandum kepada Pejabat Perdana Menteri pada 18 Disember 2014 bersempena Hari Migran Antarabangsa untuk mengetengahkan isu-isu pencabulan hak asasi manusia yang dihadapi oleh pekerja-pekerja migran di Malaysia.” (Choo Chon Kai, APRIL 28, 2023: |"PSM 25 tahun: Satu sejarah ringkas").

2018-10-17: Demonstrasi #Bantah1050


Kiri: “Parti Sosialis Malaysia (PSM) candidates Arul Chelvam seen at #Bantah1050 rally to protest against the minimum wage of the Malaysian worker at Merbok field.”
Kanan: “The Malaysian Minister of Human Resources, Kula Segaran seen in front of the Malaysia Parliament building to discuss with the protester during the #Bantah1050 rally.”

“Kuala Lumpur, Malaysia. 17th Oct, 2018. … Hundreds of Malaysian students and workers were marching together for support the #Bantah1050 rally to protest against the Malaysian worker minimum wage and demand to raise the minimum wage to RM 1800. The new Malaysia government has announced the minimum wage raise up to RM 1050 and will be effectively on January 1 2019 including Sabah and Sarawak. The #Bantah1050 rally had been organised by the Malaysian Trades Union Congress (MTUC) and supported by 30 non-governmental organisations (NGO) and the date has been set in junction with the International Day for the Eradication of Poverty. (Credit Image: © Faris Hadziq/SOPA Images via ZUMA Wire)” (ZUMA Press, Inc. / Alamy Stock Photo, 17 October 2018: |"Arul Chelvam"; |"The Malaysian Minister of Human Resources, Kula Segaran").

Rekod Pencalonan Pilihanraya

Pengalaman pencalonan beliau dalam pilihanraya umum:-

2008-03-08: PRU12: Calon DUN Semenyih


“Pada PRU Ke-12 yang lepas, banyak parti dan calon telah berkempen untuk memancing undi dari rakyat. Namun, calon dari PSM mempunyai cara tersendiri untuk membuat kempen. Kami yang berkempen di Semenyih, terutamanya Sdr. Arutchelvan, calon yang bertanding berpendapat bahawa adalah penting untuk kita memperkasakan rakyat semasa kempen dan tidak membuat janji-janji manis semata-mata untuk meraih undi. Peluang ini juga kami juga untuk menunjukkan contoh seorang calon sosialis berkempen. Walaupun kami kalah dengan majoriti undi sebanyak 1140, rasanya adalah tidak salah kalau kami berkongsi sedikit pengalaman kempen pilihanraya di Semenyih.” (PSM Semenyih, April 23, 2008: |"Pilihanraya Di DUN Semenyih: Satu Pengalaman, Satu Pengajaran").

2013-05-05: PRU13: Calon PSM DUN Semenyih


“PSM akan bertanding di PRU ke 13 dengan menggunakan logo Genggaman Tangannya buat pertama kalinya. Sebelum ini, PSM terpaksa meminjam logo DAP (ketika pilihanraya ke 10) dan PKR ( pilihanraya ke 11 dan 12) kerana ketika itu, PSM tidak mendapat pendaftaran. PSM merupakan satu-satunya parti yang telah menyaman kerajaan BN kerana enggan memberi pendaftaran. Ketika itu, salah seorang pakcik telah memberitahu rakanya bahawa Sdr. Arul merupakan seorang pejuang masyarakat tanpa mengira kaum. Beliau menerangkan bahawa Sdr. Arul telah membantu penduduk Kg. Berembang di Ampang untuk mempertahankan masjid di kampung tersebut daripada diroboh oleh pihak berkuasa dibawah pemerintahan Barisan Nasional.” (PSM Semenyih, February 17, 2013: |"Edar Risalah di Pasar Pagi Beranang").

arul.txt · Last modified: 2023/08/10 07:07 by sazli